Biskut buah pinggang

Orang start dgn semperit, kita start dgn biskut buah pinggang rangup fav seisi keluarga ?

Resepi:

Bahan A
Butter 250g
Gula icing (1 cawan)
Telur kuning (1 biji)
Esen vanila (1 tsp)

Bahan B
Tepung gandum (1 cawan)
Tepung jagung (1 cawan)
Tepung kastard (2 sb)

Bahan C
Biskut marrie (2 cawan, blend)
Oat (1 cawan, blend)
Sedikit conflakes utk topping (blend)

cara-cara:

Kacau butter dgn gula icing guna senduk kayu dan masukkan telur dgn esen vanila.

Tak payah kacau lama sangat agak2 gula dah sebati, masukkan bahan B dan C sedikit demi sedikit.

Kalau adunan keras, tambah butter sikit. Kalau adunan lembik, tambah tepung gandum. Kena pandai agak ye.

Dah siap uli, canaikan doh dan terapkan guna acuan.

Sapu kuning telur sikit dan tabur cornflakes yg dah diblend.

Bakar pada suhu 175 selama 15 min. Ikut kepanasan oven masing2 ok.

Dah siap bakar boleh susun dlm balang cantik2.

Kredit resepi kepada ‎Shuada Jafri‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *