Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Edemame Wajib Cuba Terutama Peminat Nasi Goreng

Resepi berikut ini merupakan resepi nasi goreng yang amat mudah untuk disediakan dan juga sedap. Dalam resepi yang dikongsikan kali ini ia menggunakan sejenis kacang soya hijauĀ  yang unik bernama edamame. Edema ialah sejenis kacang soya hijauĀ  yang amat popular dikalangan orang Jepun. Ia adalah sejenis makanan yang tinggi dengan khasiat mineralb seperti tinggi serat, protein, karbohidrat dan banyak lagi vitamin yang boleh didapati dari edamame, tidak hairanlah bila ia menjadi kegemaran ramai orang khususnya orang Jepun dan Korea.

Ā Dalam peekongsianĀ  kali ini edamame digunakan didalam nasi goreng yang amat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • Ā½ belah bawang besar potong dadu
  • 3 ulas cili api merah hiris bulay
  • 6 ulas kacang edamame ( keluarkan isinya)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Telur 1 biji

Kaedah

  • Mula-mula panaskan kuali dan pecahkan telur, goreng dan alih.
  • Dengan minyak yang sama tumis bawang putih dan bawang merah.
  • Selepas itu masukkan cili api, garam dan serbuk perasa mengikut selera anda.
  • Masukkan kacang edamame pulak dan goreng semua itu agar sebati.
  • Akhir sekali masukkan nasi dan dengan api yang besar goreng dan kacau sentiasa.
  • Bila asap mulai keluar dari celah nasi maksudnya nasi dah sedia masak.
  • Akhir sekali masukkan sedikit minyak bijan.
  • Gaul rata semua bahan dan sedia untuk dihidang.

Edamame boleh didapati dalam bentuk sejuk beku dan banyak dijual disupermarket. Anda hanyaĀ  perlu keluarkan ia dari kulitnya yang mempunyai bulu-bulu halus. Bijinya tidak perlu direbus kerana edamame lembut dan boleh dimakan terus. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!