Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Petai Sekali Ngap Sedap Tak Terkira

Resepi kali ini merupakan resepi yang dijadikan sebagai menu sarapan pagi namun begitu bahan tambahan yang digunakan bersama nasi goreng kali ini boleh jadi amat jarang digabung bersama. Sarapan pagi amat penting terutama bagi sesetengah orang yang sememangnya tidak boleh terlepas sarapan pagi. Ada banyak resepi nasi goreng boleh didapati dan pelbagai juga jenis rencah yang digunakan didalam resepi nasi goreng.

Nasi goreng petai ini mungkin jarang-jarang dimasak bersama namun begitu sebenarnya rasanya tidak juga kurang hebatnya. Bahan lain yang digunakan didalam resepi ini adalah seperti kebanyakkan bahan yang digunakan didalam nasi goreng, berikut adalah bahan-bahannya

Bahan bahan

  • Nasi putih
  • 1 genggam ikan bilis – goreng garing
  • 1 genggam petai – hiris dan goreng
  • 3 biji telur
  • 5 tangkai cili api merah
  • 10 tangkai cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
  •  Goreng pula petai seketika dan angkat, ketepikan..
  • Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan telur, kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih.
  • Kacau segera hingga sebati
  • Masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng.
  • Kacau laju-laju dengan api yang besar sehingga nasi benar-benar garing.
  • Siap! 

Didalam resepi ini dua jenis cili api digunakan bagi memberi rasa pedas, anda boleh ubah sukatan dan jenis cili bagi sesuaikan dengan citarasa dan selera anda. Namun jika anda peminat petai, percayalah resepi ini amat berbaloi untuk anda cuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!