Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Korea Aunty Montel Senang Buat Sedap Ditekak

author name

Resepi kali ini merupakan cara penyediaan nasi goreng Korea segera. Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi sangat mudah dengan penggunaan pes serbuk nasi goreng yang boleh didapati dipasaran. Bagaimana pun bagi menaikkkan rasa yang lebih sedap, rencah seperti udang atau apa sahaja yang sesuai boleh digunakan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ringkas ini, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi sejuk
  • ½ pek serbuk pes nasi goreng Korea jenama Auntie Montel/apa-apa jenama
  • 1 biji telur
  • 10 ekor udang (ikut selera) perasakan dengan sedikit garam.

Kaedah

  • Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak dan alih sebentar.
  • Selepas itu pecahkan telur dan kacau.
  • Masukkan nasi yang telah siap diramas.
  • Gaul segera hingga telur dan nasi sebati.
  • Taburkan ½ peket rencah nasi goreng atau anda suka boleh guna semua.
  • Goreng dengan api yang besar hingga nasi betul-betul garing.
  • Siap!

Jika anda suka sesuatu yang pedas anda boleh tambah cili api yang dihiris walaupun nasi goreng Korea telah cukup pedas dengan penggunaan pes ini. Telur dan sayur-sayuran juga boleh ditambah dalam masakan ini.Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.