Resepi Hotteok Sweet Pancake Makanan Jalanan Korea

Oleh:

Resepi kali ini diinspirasikan dari masakan street food masyarakat Korea. Hotteok ataupun sweet pancake ini diperbuat daripada doh yang mengandungi tepung pulut dan diisi dengan inti walnut bergula. Rasanya sangat sedap dan penyediaannya juga tidak rumit sebaliknya agak mudah dan bagi anda yang ingin kelainan boleh mencuba resepi ini.

Bahan-bahan

A

  • 1 cawan air suam
  • 2 tsp instant yis (½ peket kecil)
  • 1 tbsp gula 
  • *kacau dan rehatkan 10 min

B

  • 1 tbsp minyak masak
  • ½ cawan tepung pulut
  • 1 tsp garam
  • 1 cawan + ¾ cawan  tepung gandum

Kaedah

  • Campurkan bahan A dan B dah rehatkan 30 min atau hingga adunan naik satu kali ganda.

Bahan inti

  • Kacang walnut siap bakar 
  • 2-3 tbsp gula perang

Kaedah

  • Kisar atau tumbuk kacang walnut hingga halus.
  • Campurkan gula dan gaul hingga sebati.
  • Siap.

Penyediaan Hotteok

  • Apabila doh telah naik, ambil 1 ketul doh dan lenyekkan sedikit untuk masukkkan inti walnut.
  • Bulat-bulatkan dan letak dalam dulang dahulu.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  • Masukkan doh tadi dan tunggu bahagian bawah garing sedikit.
  • Terbalikkan dan tekan dengan sudip agar ia leper.
  • Terbalikkan dan masak hingga garing.
  • Sedap makan ketika panas.
  • Siap! 

Hotteok ini paling sedap dimakan ketika panas tetapi awas intinya amat panas. Sebab itulah ia dihidangkan didalam paper cup yang dipotong dibahagian tepinya agar mudah untuk orang makan Hotteok ini. Orang kata Hotteok ini macam apam balik tapi isi walnut, tapi saya kurang setuju kerana teksturnya sangat berbeza. Hotteok ini dah sejuk pun lembut dan ia tidak berongga. Apa kata anda cuba sendiri! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa

Tinggalkan komen di sini

[crp]