Resepi Nasi Goreng Seafood ( Sedap Mudah)

Oleh:

Resepi berikut merupakan sebuah resepi yang biasanya dihidang di waktu pagi sebagai sarapan. Nasi goreng seafood ialah nasi goreng yang tinggi goreng bersama rencah seafood. Bahan-bahan yang digunakan biasa nya ialah udang, sotong dan ketam. Masakan ini amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Bagi anda yang ingin mencari idea untuk masak nasi goreng berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Nasi Goreng Seafood

Bahan utama

  • Nasi sejuk 3 cawan

Bahan-bahan tumbuk 

  • Cili api 5 ulas/cili merah 2 batang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa.

Bahan rencah

  • Udang saiz besar 10 ekor ( buang kulit$
  • Sotong saiz besar 3 ekor ( potong bulat)
  • Filet ketam 4 batang (hiris)
  • Sayur lobak merah (potong dadu)
  • Jagung (frozen)
  • Telur 1 biji.

Kaedah

  • Mula-mula ramas nasi sejuk agar ia berderai,ketepikan.
  • Kemudian tumis bahan-bahan tumbuk.
  • Apabila ia telah naik bau,masukkan sotong.
  • Apabila sotong telah mulai kering, masukkan udang dan ketam pula.
  • Selepas itu masukkan sayur-sayuran.
  • Apabila sayur telah mulai masak,pecahkan telur.
  • Sebelum telur mulai kering, masukkan nasi dan kacau segera.
  • Goreng dengan api yang besar dan kacau dengan laju.
  • Tutup api apabila anda telah puas hati dengan rupa nasi goreng tersebut.
  • Siap.

Resepi ini menggunakan cili api tetapi jika anda tidak makan pedas anda boleh menggunakan cili merah sahaja. Malah anda juga boleh menggunakan lada sulah juga. Terpulang pada selera anda, diharap anda akan cuba resepi ini. Semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.