Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Ayam Serba Ringkas Namun Berkhasiat Dan Senang Giler

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan resepi nasi ayam yang mudah untuk disediakan. Sesuai dengan peredaran zaman yang memerlukan penyediaan makanan yang ringkas dan cepat anda bolehlah mencuba resepi ini. Ayam yang digunakan dalam resepi ini dimasak menggunakan air fryer sahaja, manakala nasi dimasak dengan kaedah paling ringkas sahaja. Sos cili dan kicap juga sangat mudah untuk disediakan.Bahan digunakan tidak banyak berbeza seperti nasi ayam lain tetapi kaedahnya lebih cepat dan mudah. Jom lihat bahannya. 

Bahan Ayam

Ayam siap potong 4 bahagian

  • 3 tbsp sos tiram
  • 3 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp kicap masin
  • Sedikit garam dan lada sulah

Kaedah

  • Perap  dengan sos tiram, kicap manis dan kicap masin
  • Masak dengan air fryer 20 minit atau hingga ia masak.
  • Potong bila dah sejuk sikit.
  • Siap!

Bahan Nasi

  • 1 mangkuk lemak ayam
  • 3 cawan beras
  • 5 cawan air
  • Daun pandan
  • Halia
  • Bawang putih
  • 1 kiub maggi ayam

Kaedah

  • Tumis  lemak ayam dengan sedikit minyak, masukkan beras, air dan kiub maggi ayam baru tambah halia dan daun pandan. 
  • Bila nasi dah masak baru masukkan bawang putih, biarkan seketika sementara nak hidang.
  • Siap !

Bahan sos cili

  • 2 tbsp cili kisar/serbuk cili/cili api kisar 
  • 3 tbsp cili sos
  • 3 tbsp madu
  • 2 tbsp Sriracha
  • Gula,cukup rasa maggi dan garam 
  • Air tepung jagung

Kaedah

  • Masak  semua bahan atas api hingga pekat dan tambah air tepung jagung mengikut kepekatan yang kita mahu.
  • Adjust rasa manis,masin dan masamnya.
  • Siap!

Bahan kuah kicap

  • 2tbsp kicap pekat
  • 4 tbsp kicap masin
  • Air rebusan ayam/sup
  • Air tepung jagung
  • *masak semua bahan atas api hingga ia pekat dan tambah air tepung jagung, adjust masin manis.

Bahan sup

  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 1 tbps lada sulah
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 tbsp minyak bijan (jika suka)

Kaedah

  • Tumis bawang hingga naik bau.
  • Tambah air bersama kiub ayam
  • Masukkan lada sulah dan adjust rasa garam
  • Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.
  • Siap!

Penyediaan nasi ayam

  • Hidangkan nasi bersama ayam, sup, sos cili dan kuah kicap.
  • Tambah salad atau timun bersama tomato!
  • Siap!  

Nasi ayam ini amat mudah untuk disediakan dan penggunaan air fryer benar-benar mempercepatkan proses masakan. Jangan lupa untuk hiris ayam sebelum dihidangkan, tujuan ayam dimasak dengan saiz besar ialah agar isi ayam lebih juicy dan tidak kering. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.