Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Enoki Goreng Tepung Snek Sempoi Sekali Try Nak Lagi

author name

Resepi ini adalah resipi yang sangat mudah untuk disediakan. Enoki goreng tepung ini menggunakan bahan yang sangat minima namun begitu rasanya sangat sedap dan sesuai dijadikan hidangan sampingan atau sebagai kudapan ketika menonton. Antara bahan yang digunakan adalah sudah tentu cendawan enoki dan juga tepung Bestari. Tepung ini sudah tentu amat menjadi kegemaran ramai  kerana ianya bukan sahaja sedap tetapi juga mudah dan harga ini tidaklah terlalu mahal. Baiklah bagi anda yang mencuba berikut adalah bahan-bahannya. 

Bahan-bahan

  • Cendawan enoki ( buang bahagian akarnya yang berpasir)
  • Tepung bestari ( bahagi kepada dua bahagian)
  • 1 bahagian campurkan dengan sedikit air dan kacau hingga pekat.
  • 1 bahagian lagi biarkan kering.
  • Celup cendawan enoki yang telah direnggang seperti kipas kepada adunan yang basah dan baru celup pada adunan kering.
  • Goreng dengan minyak yang betul-betul panas.
  • Alih bila telah garing dan tos sebelum dihidang.
  • Siap!

Selain daripada cendawan enoki anda juga boleh menggunakan cendawan tiram. Cendawan tidak perlulah dibasuh kerana ianya perlulah kering terlebih dahulu tapi anda basuh pastikan anda tos hingga ia kering dahulu. Kerana jika ia basah dikhuatiri kurang rangup. Jika anda ingin sos pencicah yang mudah anda boleh campurkan sos cili dengan mayonis sahaja Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.