Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup (Ala Gerai)

author name

📄

Sebuah lagi resepi popular yang dihidangkan digerai atau restoran masakan panas yang biasanya terdapat diwaktu malam. Sotong goreng tepung merupakan masakan makanan laut yang disalut dengan tepung kemudian dijamu bersama sos pilihan. Tepung yang digunakan amat ringkas sahaja iaitu hanya tepung gandum dan tepung jagung sahaja. 

Jadi anda juga boleh mencubanya sendiri untuk menu sampingan dihidangkan sebagai pembuka selera atau kudapan menonton rancangan tv kesukaan anda sekeluarga, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup (Ala Gerai)
Bahan-bahan

  • 500g sotong- bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan. (Tambahkan dengan 2sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan.)

Bahan tepung salutan 

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • *Gaul sebati semua bahan di atas
  • Telur 1 biji ( dipukul sebati)

Kaedah 

  • Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
  • Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian gaulkan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
  • Setelah itu, masukkan sotong satu persatu di dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dlm satu-satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.
  • Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.
  • Kaut semua kerak2 tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Ulang dan goreng hingga habis.

Sos pencicah (pilihan)

  • 3sudu besar sos thai
  • 1sudu besar mayonese
  • Gaul sebati sos, tabur dgn bijan jika suka.

Penggunaan cuka sebagai bahan perapan ialah untuk mengelakkan ia meletup ketika. Sotong meletup ketika digoreng kerana ia mempunyai kandungan air yang tinggi yang keluar ketika ianya digoreng. Oleh itu cuka boleh menyejatkan kandungan air tersebut dan mencegah sotong tersebut meletup. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Udang Goreng Tepung

Resepi Kerepek Jejari Ketam

Resepi Udang Goreng Butter

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *