Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Potato Chip (Masam Manis)

author name

📄

 Resepi hari ini merupakan resepi sambal ayam yang menggunakan kentang yang dihiris nipis seperti potato chip. Masakan ini amat ringkas dan mudah untuk disediakan. Kentang perlulah dihiris nipis sebelum digoreng terlebih dahulu agar ianya lebih garing. Sebaiknya menggunakan ayam yang segar untuk rasa yang lebih sedap. Ayam perlulah digoreng tetapi ia tidak sesuai digoreng terlalu garing. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Ayam Potato Cip

Bahan utama

  • Ayam segar ½ ekor
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 2 biji kentang hiris nipis dan goreng garing,ketepikan.

Bahan-bahan kisar

  • Cili kering 1 mangkuk kecil (gunting dan rebus)
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia

Bahan-bahan perisa

  • Sos cili 2-3 sudu makan
  • Sos tomato 2-3 sudu makan
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Goreng kentang hingga g garing,ketepikan 
  • Goreng ayam separuh garing,ketepikan 
  • Tumiskan bahan-bahan kisar.
  • Apabila garing masukkan bahan perisa.
  • Tunggu sehingga semua bahan sebati .
  • Biarkan sos sejuk seketika, baru masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Siap!

Masakan ini paling sedap dihidangkan bersama masakan berkuah seperti sup atau singgang. Kadangkala sedap juga dinikmati bersama kicap manis. Terpulanglah pada citarasa anda, diharap anda akan sudi mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *