Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Tulang Ayam Berempah (Menghangat Badan)

author name

📄

Resipi kali ini merupakan resipi sup yang menggunakan tulang. Namun begitu jika kebiasaannya tulang yang digunakan ialah tulang lembu kali ini kita akan gunakan tulang ayam. Menggunakan tulang ayam kerana ianya lebih murah dan sesuai dihidangkan kepada anak-anak ataupun golongan orang tua.

Rempah ditambah didalam resipi ini untuk memberi rasa yang sikit hangat. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Sup Tulang Ayam Berempah

Bahan-bahan

  • 1 ekor rangka ayam
  • 2 biji kentang dibelah 4 (pilihan)

Bahan-bahan kisar

  • ½ labu bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • ½ inci halia

Bahan-bahan tumis

  • ½ labu bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • ½ inci halia
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji ketumbar
  • 1 inci kayu kulit manis

Bahan-bahan rempah

  • 2 sudu besar rempah sup adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma 
  • (Bancuh kedua bahan dengan sedikit air hingga jadi pes)

Kaedah 

  • Mula-mula bersihkan ayam dan potong sedikit kecil.
  • Kemudian tumiskan bahan-bahan tumis.
  • Apabila ia telah naik bau, masukkan pula bahan-bahan kisar.
  • Biarkan sehingga ia naik bau, baru masukkan pes rempah tadi.
  • Tunggu ia naik minyak, kemudian masukkan tulang ayam bersama kentang.
  • Biarkan semua bahan menjadi sebati, baru tambahkan air secukulnya.
  • Masak sehingga kentang empuk dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kemudian hiasi dengan daun sup dan taburan bawang goreng jika anda suka, tanpa hiasan sup ini masih juga sedap.

Sup ini sangat sedap dimakan ketika panas bersama nasi panas,sambal belacan dan juga telur dadar. Jika anda tidak pernah mengabungkan telur dadar bersama sup tulang ayam anda sepatutnya cuba kerana anda pasti akan suka akan rasanya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *