Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Peratal Masakan Tradisional Tamil Nadu

author name

📄

Resepi kali ini merupakan masakan India Selatang yang sedikit berbeza berbanding masakan India di Malaysia. Jika di Malaysia masakan seperti ini dipanggil dry kari ataupun jika di Melaka ia dipanggil ‘Curry Devil’ atau kari debal. Ini kerana ia adalah kari yang pekat dan sedikit kering dimana penyediaannya tidak menggunakan santan mahupun asam jawa. Antara bahan yang digunakan selain dari serbuk kari ialah yogurt dan juga bawang goreng, kedua bahan ini memberi rasa yang lain namun amat sedap. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Seekor ayam (potong dan bersihkan)

Bahan rempah

  • Serbuk kari daging
  • Serbuk cili 
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk lada hitam

Bahan lain

  • Bawang putih dan halia (siap kisar)
  • Garam
  • Cukup Rasa
  • Yogurt natural 1 cup untuk seekor ayam
  • Bawang goreng
  • Sukatan bahan adalah mengikut saiz ayam, kurangkan serbuk cili jika tak tahan pedas

Kaedah

  • Perap semua bahan dengan ayam dan biarkan seketika.

Bahan tumis

  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis,biji ketumbar,cengkih,bunga lawang)
  • Jintan putih
  • Daun kari
  • Cili kering
  • Tomato potong baji
  • Daun ketumbar (letak akhir sekali)

Kaedah

  • Tumis semua bahan tumis kecuali daun ketumbar.
  • Mula dengan rempah 4 sekawan, jintan putih,daun kari, cili kering,tomato.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.
  • Gaul rata dan biarkan air ayam keluar dahulu.
  • Tambah air mengikut pekat yang anda suka.
  • Bila semua bahan dah serasi dan sebati masukkan hirsan daun ketumbar.
  • Siap!

Kari ini boleh dimakan bersama nasi, roti sandwich,roti canai ataupun roti paratha. Rasanya sedikit pedas dan juga sangat  berempah oleh itu bagi mereka yang tidak tahan rempah bolehlah kurangkan penggunaan serbuk kari dan serbuk cili. Anda boleh tambah lebih air jika ingin makan dengan nasi namun biarkan kuah pekat baru tutup api dan segeralah hidangkan ia. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.