Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Kepala Ikan Duri Warisan Berzaman Lain Dari Yang Lain

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi asam pedas yang saya warisi dari allahyarham ayahanda saya sendiri. Masakan ini mempunyai sentuhan dari masakan jawa tetapi telah ayah saya ubah sendiri untuk menghasilkan rasa asam pedas yang lain dari yang lain. Dalam resepi asam pedas ini kami gunakan jintan manis dan pedas atau lebih mudah saya panggil jintan hasil dan kasar. Kedua bahan rempah ini memberi aroma yang sangat menarik dan sedap dan boleh menjadi punca untuk menambah nasi berulang-ulang. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 kepala ikan duri segar ( minta tukang jual potong kecil-kecil)

Bahan kisar

  • Jintan halus 1 tbsp
  • Jintan kasar 1 tbsp
  • Bawang besar 1 biji (sederhana)
  • Bawang putih 1 ulas
  • Belacan 1 inci

Bahan lain 

  • Cili kisar secukupnya
  • ½ cawan air asam jawa
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Bersihkan kepala ikan dan gaul dengan garam dan kunyit, ketepikan.
  • Dalam periuk/kuali panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • Tumis pula cili yang telah siap dikisar halus.
  • Bila cili mulai naik minyak, tambah air asam jawa.
  • Masukkan kepala ikan dan masak hingga menggelegak
  • Tambahkan air jika ia terlalu pekat.
  • Tambah garam dan serbuk secukup rasa.
  • Selepas itu bolehlah tutup api.
  • Siap!

Asam pedas kami tidak menambah sebarang bendi atau tomato, penyediaannya amat ringkas tapi sedap. Masakan ini paling sedap dimakan bersama ikan dan ulam-ulaman, tapi saya paling suka makan dengan kicap. Ikan yang sesuai selain dari kepala ikan duri ialah ikan pari dan ikan terubuk.Biasanya kami sekeluarga membuatnya menjadi kuah pekat tetapi jika anda suka anda boleh tambahkan lagi sedikit air dan jadikan ia sedikit cair. Nak tau sedap ke tak? Kenalah cuba sendiri!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.