Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Telur Yang Senang Banget
Telur merupakan salah satu sumber protien yang paling murah dan mengenyangkan. Protien amat diperlukan oleh tubuh badan manusia agar boleh berfungsi dengan lebih baik. Tambahan pula telur adalah sumber makanan yang murah, mudah ditemui dan ia tidak punya isu halal atau haram menyebabkan ia menjadi pilihan terutama bagi orang Islam ketika bercuti ke luar negara
Ada pelbagai resepi yang boleh disediakan menggunakan telur. Sama ada direbus,digoreng, dibakar mahupun kukus telur mempunyai peminatnya sendiri. Satu lagi oleh kerana khasiatnya telur adalah antara makanan yang paling digemari oleh pengamal diet seperti diet Atkins atau Keto.
Mari lihat 10 resepi yang telah kami himpunkan sebagai rujukan untuk anda yang mencari-cari idea masakan anda.
1) Resepi Sambal Tumis Telur
Resepi ini menggunakan bahan yang amat ringkas dan boleh didapati di dapur anda. Jadi, sesiapa sahaja boleh cuba menyediakan resepi ini. Resepi ini dikongsikan oleh Ida Zairi dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 24 biji telur puyuh (rebus dan kopek kulitya dan goreng dalam minyak)
- 1 sudu kecil asam jawa extra
- 2 senduk cili kisar
- 1 biji bawang besar, hiris bulat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Secubit belacan (tidak wajib)
Cara penyediaannya:
- Telur digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar & masak hingga keluar minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- Masukkan air asam jawa dan tambah garam & gula secukup rasa. Jka suka boleh masukkan serbuk perasa sikit. Masak hingga pekat.
- Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu.
- Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api dan hidang.
2) Resepi Cloud Omelette
Resepi ini dibuat menggunakan sepenuhnya telur putih sahaja. Ia sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet kerana masakan ini amat rendah kalori dan juga sangat sihat. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan
- Putih telur
- Garam
- Lada putih
- Keju, daging cincang, daun bawang (pilihan).
Kaedah
- Pukul putih telur dengan mixer jira-kira 2-3 minit, sampai berbuih.
- Tambahkan garam dan lada putih secukupnya.
- Pukul lagi sehingga ia kaku.
- Didalam kuali tidak melekat, tambah sedikit sahaja mentega.
- Tuangkan bancuhan telur tadi dan tambahkan keju atau daun bawang.
- Masak sehingga bahagian bawahnya masak.
- Kemudian lipat dua, balikkan agar kedua-dua bahagian masak rata.
- Siap.
3)Resepi Lemak Cili Api Telur Itik
Telur itik merupakan salah satu jenis telur yang paling banyak digunakan didalam masakan selain dari telur ayam. Saiznya agak besar dan biasanya ia berwarna putih. Seterusnya resepi lemak cili api telur itik bagi anda untuk mencubanya sendiri.
Bahan utama
- 4 biji telur itik
- Daun kunyit (bersihkan dan hiris)
Bahan kisar
- Segenggam cili api
- Air secukupnya
- 1 sudu teh serbuk kunyit.
Bahan lain
- Santan dari 1 biji kelapa
- 1 keping asam keping
Kaedah
- Mula-mula masukkan bahan kisar kedalam periuk.
- Tambah separuh dari santan dan buka api.
- Tambah serbuk kunyit jika kurang kuning.
- Masukkan asam keping.
- Apabila kuah mengelegak masukkan baki santan dan garam serta serbuk perasa secukupnya.
- Kacau sebentar dan tambah air jika ia terlalu pekat.
- Kemudian pecahkan telur itik satu persatu.akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.
- Siap.
4) Resepi Sup Telur
Masakan ini adalah antara yang amat sesuai bagi anak-anak kecil atau orang dewasa yang tidak suka makanan pedas. Ianya amat mudah dan cepat untuk disediakan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 4 – 5 biji telur gred B
- 1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
- 60 gram fucuk potong kecik dan rendam hingga lembut
- 3 ulas bawang putih, tumbuk pecah
- Anggaran 1 sudu besar ikan bilis
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Lada hitam kisar (pilihan)
Kaedah
- Sediakan periuk dan sedikit minyak.panaskan.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan ikan bilis dan biarkan sehingga garing sebentar.
- Kemudian baru masukkan air anggaran 500ml
- Biarkan sup mengelegak dahulu beberapa minit.
- Tambahkan garam dan serbuk perasa
- Masukkan fucuk ,suhun dan disusuli telur sebiji demi sebijik.
- Tutup apabila telur telah masak
- Siap!
5)Resepi Sambal Telur Ikan Bilis
Cara sediakan telur paling cepat mudah ialah goreng mata kerbau. Namun dalam resepi ia digabungkan bersama sambal ikan bilis. Ternyata rasanya lebih mengancam. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-Bahan
- 2 biji telur, digoreng mata kerbau
- 1 genggam ikan bilis yang telah digoreng garing.
- 1 pokok daun bawang (pilihan)
- Daun salad secukupnya (pilihan)
- Bahan Sambal Tumis
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
- 1 biji bawang besar
- 3/4 inci belacan
- Segenggam cili kering yang telah digunting,rebus dan basuh.
Kaedah Untuk Sambal Tumis
- Mula-mula tumiskan bahan kisar tambahkan asam keping dan terus masak sehingga cili naik minyak.
- Kemudian masukkan garam,gula dan sedikit air agar ia tidak terlalu kering.
- Tutup api.
- Penyediaan sambal telur ikan bilis.
- Susun daun salad, kemudian letakkan telur yang telan digoreng, tuangkan sambal tumis dan ratakan ia.
- Akhir sekali taburkan ikan bilis yang telah digoreng garing.
- Sedia dihidangkan ketika ia masih panas.
6)Resepi Sandwich Telur
Tidak sempurna koleksi ini jika tidak resepi ini tidak dimasukkan bersama. Sandwich telur disediakan mengguna telur rebus yang telah digaul dengan mayonis,bawang dan serbuk lada sulah. Sememangnya ia sedap dan sangat sesuai dibuat hidangan minum petang atau didalam jamuan ringan. Dan bahan bahan yang diperlukan ialah seperti berikut.
Bahan utama
- Roti (apa-apa jenama)
Bahan-bahan inti
- 3 biji telur rebus
- 3 sudu besar mayonis
- 1/2 sudu teh garam
- Timun jepun di dadu
- Buah tomato buah isi dan potong dadu
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan-bahan lain
- Butter
- Mayonis
- Salad
- Tomato (hiris bulat kepada 6-7 kepingan)
Kaedah
- Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan toskan. Ketepikan.
- Kemudian sapu butter pada roti, selang selikan dengan mayonis.
- Kupas kulit telur rebus dan lenyekkan guna garfu atau apa-apa alat yang sesuai.
- Tambahkan mayonis dan gaul agar ia sebati.
- Taburkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi.
- Masukkan garam dan serbuk lada sulah, cuba rasa untuk anggarkan rasa masin.
- Gaul semua bahan hingga mesra dan sebati.
Cara-cara membuat sandwich.
- Sediakan kepingan pertama, letakkan satu sudu inti sandwich, letakkan hirisan tomato, tutup dengan kepingan roti kedua.
- Sapukan mayonis dibahagian belakang roti tersebut, dan letakkan satu sudu lagi inti sandwich.
- Kemudian letakkan sehelai daun salad diatasnya.
- Tutup dengan kepingan roti ketiga.
- Atur kemas dan mula mengerat roti kepada 2 bahagian menggunakan pisau roti yang jenis bergerigi.
- Letakkan didalam kertas ‘paper cup’ jika suka, jika tidak pun tidak mengapa.
- Ulang sehingga habis.
- Siap.
7)Resepi Telur Juicy Spicy
Satu lagi resepi menggunakan telur yang sedap dan mudah, resepi ini telah dikongsikan telah Nurdeanna Affendi di laman sosial Facebook miliknya. Dan berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Bahan – bahan:
- Telur
- Kicap
- Cili potong
- Limau nipis
Cara penyediaannya:
- Telur goreng sehingga lembik seperti di dalam gambar.
- Letak kicap manis.
- Letak cili potong.
- Perah limau manis.
- Gaul-gaul sedikit ke semua bahan.
- Siap!
8) Resepi Telur Pindang
Resepi Telur Pindang ini selalunya dikaitkan dengan orang Muar, Johor. Cara pembuatannya remeh dan memakan masa 3 hari. Walaubagaimanapun, ianya diperlukan sewaktu majlis perkahwinan. Resepi ini dikongsikan oleh Eddy Nur Kasih dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau,mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- Telur 100 biji
- Daun Jambu Batu
- Daun Manggis
- Daun Senduduk Bunga Biru
- Daun Lengkuas
- Daun Serai
- Kulit Bawang Putih
- Kulit Bawang Merah
- Ketumbar
- Rempah Kari
- Garam
Cara – caranya:
- Pertama, alaskan daun serai, daun jambu, daun manggis, daun lengkuas, daun senduduk, serta kulit bawang merah dan putih, ketumbar sedikit, garam sedikit dan rempah kari.
- Masukkan telur atas lapisan pertama sebanyak 100 biji.
- Kemudian, pada lapisan kedua, susun daun daun sama seperti lapisan pertama dan masukkan telur.
- Akhir sekali, tutup semua telur dengan daun jangan nampakkan telur itu.
- Rebuskan telur selama 3 hari dua malam. Apabila malam sahaja baru dipadamkan api.
- Apabila pagi hidupkan api semula dan panaskan air rebusan telur dengan api kecil sahaja. Tambahkan air jika kurang.
- Selepas 3 hari, telur pindang siap untuk dimakan.
9)Resepi Muffin Telur
Menu ini amat sesuai untuk vegetarian kerana ia hanya menggunakan sayur-sayuran dan telur sahaja. Serta sedikit mozzarella cheese yang menambah kenikmatan muffin telur tersebut. Mak Long berkongsikan resepi muffin telur mudah dan sedap di laman Facebook. Anda patut cubakan resepi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
- 6 biji telur gred B,
- ½ biji lada benggala hijau dipotong dadu,
- ½ biji lada benggala merah dipotong dadu,
- Sedikit bunga kobis,
- 1 hingga 2 tangkai daun sup dihiris halus,
- Sedikit garam,
- Sedikit lada hitam,
- Sedikit mozerella cheese.
Cara-cara :
- Mula-mula masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Masukkan sedikit garam dan pukul lagi.
- Kemudian dalam bekas muffin, letak lada benggala hijau dan merah, bunga kubis dan daun sup yang telah dipotong tadi.
- Bubuhkan sedikit serbuk lada hitam.
- Seterusnya taburkan mozarella cheese di atas sayur-sayuran tadi.
- Akhir sekali masukkan telur.
10) Resepi Sambal Telur Hancur
Masakan ini adala satu lagi resepi paling mudah untuk disediakan. Ia amat sesuai disediakan terutama ketika anda kebuntuan idea untuk masak. Cara membuatnya juga amat mudah tetap sedap. Berikut adalah cara untuk menyediakan menu ini.
Bahan-bahan
- Telur 2 biji
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 ulas bawang besar (hiris)
- Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
Kaedah
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
- Setelah pecah minyak, masukka air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
- Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
- Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Telur merupakan salah satu sumber makan yang berkhasiat dan murah. Walaupun ketika zaman pasca perang dunia ke 2 dahulu telur sangat mahal, ia menjadi makanan orang ‘ada-ada’ sahaja untuk makan telur. Kini zaman berubah apabila telur dikomersialkan secara besar-besaran menyebabkan harganya mampu dimiliki semua orang. Apapun diharap anda akan sudi untuk menjadi koleksi ini sebagai bahan rujukan anda untuk mencari idea nak masak hari ini.
Jangan lupa kongsikan juga koleksi ini agar dapat dimanafaatkan bersama. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan ia ini bersama rakan anda ya.