Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Koleksi 10 Resepi Jus Sedap Paling Menyegarkan Tekak

author name

Jus bermaksud air yang dikisar mengguna buah-buahan atau sayur-sayuran. Jus juga kadang kala ditambah dengan susu,madu atau air gula untuk meningkatkan lagi rasa sedapnya. Ia juga adalah minuman yang berkhasiat kerana tidak mengguna bahan pengawet, malah sukatan gulanya juga boleh dikawal sendiri apabila anda berusaha menyedianya sendiri. 

Berikut adalah 10 resepi jus yang telah kami himpunkan sebagai rujukan untuk anda cuba sendiri sebagai hidangan anda sekeluarga. Jom kita lihat resepi-resepinya.

1 Resepi Jus Kedondong Asam Boi

Minuman ini mengabungkan asam boi dan juga buah kedondong. Kedua bahan ini terkenal dengan rasa masamnya namun apabila dijadikan jus dan ditambah gula ia menjadi amat sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 12 biji buah kedondong
  • 10 biji asam boi jenis putih
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 3 liter air mineral/air berpenapis
  • Setitis pewarna hijau(pilihan)
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub secukupnya

Kaedah

  • Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 senduk gula pasir hingga gula larut. 
  • Sejukkan. 
  • Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
  • Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  • Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
  • Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
  • Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
  • Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
  • Kacau dan biarkan sekejap.
  • Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
  • Sedap diminum sejuk.

2 Resepi Jus Kalamansi 

Seterusnya resepi jus Kalamansi ini yang mengabungkan buah limau kasturi dan juga asam boi. Ia mempunyai rasa yang masam-masam manis yang boleh memberi rasa yang menyegarkan. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 biji limau kasturi (belah dan buang biji)
  • 2 biji asam kecut (asam boi)
  • 2 sudu besar gula (klu suka manis boleh tambah)
  • 1/2 cawan air
  • Ketulan ais

Kaedah

  • Masak air gula bersama asam boi hingga semua bahan sebati,
  • Kemudian biarkan ia suam, kopek isi asam boi dan kisar ia bersama limau kasturi.
  • Masukkan air kedalam gelas dan tambahkan ais.
  • Siap.

3 Resepi Jus Pucuk Pegaga

Pucuk pegaga biasanya dijadikan sebagai ulam sahaja banyak kelebihan dia antaranya ialah untuk awet muda. Resepi dikongsikan oleh Atin Nabila di laman Facebook. Jangan lupa amalkan jus pegaga untuk kesihatan luar dan dalaman. Selamat mencuba.

jus pegaga
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Pucuk pegaga,
  • Susu,
  • Air.

Cara-cara :

  • Blend pucuk pegaga dengan air ikut ingin buat sebanyak mana.
  • Boleh tambah susu sedikit tidak kisah susu apapun cair atau pekat tapi jangan terlalu banyak.
  • Akhir sekali masukkan ais batu.

4 Resepi Jus Carrot Susu

Lobak merah mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan,biasanya ia dihidangkan sebagai sayur. Namun begitu lobak merah juga amat sedap bila dijadikan sebagai jus lobak susu,berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 biji lobak merah – potong dadu/kecik2
  • ½ cawan air 
  • 2 sudu makan susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • Ais secukupnya

 Kaedah

  • Bersihkan lobak merah dan potong dadu
  • Masukkan lobak merah,susu manis,susu cair dan tambah jika perlu.
  • Kisar sehingga halus.
  • Sediakan penapis dan tuang dalam gelas yang telah ditambah ais.
  • Buang nampak dan sedia untuk dinikmati.

5 Resepi Fresh Oren

Fresh oren adalah salah satu menu yang selalu di order bila digerai masakan tomyam. Ia mempunyai rasa yang manis,sedikit masam dan sangat wangi hasil dari buah oren yang segar. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 Biji oren
  • 3 sudu besar air gula
  • Beberapa Ketulan ais

Kaedah

  • Masuk oren kedalam blender dan kisarkan buah oren bersama air gula.
  • Tuangkan kedalam gelas Besar.
  • Masukan beberapa ketulan ais dan sedia dinikmati

6  Resepi Jus Mangga Susu

Mangga merupakan salah satu buah tropikal yang paling diminati. Ia mempunyai bermacam-macam jenis, diantara yang paling popular ialah mangga kuning. Ia mempunyai rasa yang manis.Paling sedap dibuat jus dan sangat popular juga, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 biji mangga ( ambil isinya)
  • 1 cawan ais
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar susu cair

Hiasan  

  • Mangga (dipotong dadu)
  • Kaedah 
  • Potong dadu mangga.
  • Masukkan mangga, susu pekat,susu cair dan sedikit air mengikut tahap cair yang kita inginkan.
  • Tuang dalam gelas yang telah ditambah ais.
  • Taburi dengan mangga dadu sebagai hiasan.
  • Siap!

7 Resepi Jus Tembikai

Buah tembikai adalah satu lagi buah yang digemari kerana ia amat manis dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Biasa dijadikan jus sebagai pelepas dahaga,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ biji buah tembikai
  • 125 gm gula pasir
  • 125 ml air
  • Air batu secukupnya 

Kaedah

  • Potong kiub buah tembikai.
  • Masukkan tembikai,gula dan air didalam mesin pengisar
  • Kisar semua bahan hingga halus.
  • Tuang didalam gelas tinggi dan tambahkan air batu.
  • Siap!

8 Resepi Jus Avocado

Buah avocado mulai diminati sejak akhir-akhir ini. Ia dikatakan tinggi dgn khasiat zat vitamin dan lemak sihat. Minum jus avocado kini menjadi salah satu amalan berdiet. Buah avocado tidak mempunyai rasa, ia berlemak tetapi tidak manis atau kelat atau sebagainya. Berikut bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 1 biji buah avocado yang dah masak atau ranum
  • 1 cawan susu Dutch Lady
  • Sirap coklat cair Hershey’s
  • Beberapa kiub ais
  • Gula secukup rasa

Kaedah 

  • Potong buah avocado kepada 2 dan buang bijinya, korek isi avocado dengan sudu dan masukkan dalam pengisar .
  • Masukkan susu, gula, ais kiub dan sedikit air
  • Kisar sehingga halus
  • Tuang ke dalam gelas dan masukkan coklat mengikut citarasa. 
  • Siap

9 Resepi Jus Epal

Buah epal mempunyai khasiat dan mempunyai rasa yang masam-masam manis. Jus epal homemade adalah berbeza berbanding jus epal dalamkotak kerana rasa manisnya boleh dikawal. Mari cuba sendiri resepi ini,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

 Bahan-bahan

  • 1 biji epal hijau (potong dadu)
  • 1 sudu besar gula
  • Air satu gelas air. 
  • Ais mengikut anggaran gelas

Kaedah

  • Kisar semua bahan kecuali ais.
  • Tapis dan tuang didalam gelas yang diisi ais.
  • Siap!

10 Resepi Jus Durian Belanda

Durian belanda adalah berbeza berbanding durian biasa kita makan. Ia mempunyai rasa yang masam-masam manis. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jus yang penting iapasti akan sesuai sebagai minuman menyegarkan yang digemari ramai.Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1/2 biji durian belanda yang masak ranum saiz besar/sederhana
  • 1 liter air
  • Gula secukup rasa
  • Air batu secukupnya

Kaedah

  • Potong buah durian belanda dan keluarkan isinya.
  • Potong kecil-kecil.
  • Masukkan separuh isi durian belanda tadi dalam blender
  • Tambahkan air dan gula
  • Kisar sehingga halus
  • Tuang dalam gelas dan tambahkan ais dan isi durian belanda.
  • Siap!

Jus boleh disediakan dengan menggunakan hampir apa sahaja buah-buahan atau sayur-sayuran. Ia mendapat permintaan yang tinggi jika berkunjung ke restoran. Jus tanpa gula amat baik untuk kesehatan. Walaupun ada pendebatan tentang jus,dimana ada pendapat mengatakan lebih baik makan buah dari minum jus. Namun jus tentunya akan memberi lebih kepuasan apabila diminum disaat dahaga. Bagaimanapun diharap anda akan mencuba resepi ini dan jangan lupa kongsikan ia agar dapat dimanafaatkan orang lain.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *