Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Sunquick Moist (Versi Kukus)

author name

📄

Pada perkongsian kali ini, kita akan bawakan resepi kek sunquick moist tetapi versi kukus. Jadilah senanglah semua tidak perlu menggunakan oven untuk menyediakan kek ini.

Kek sunquick moist ini teramatlah mudah untuk disediakan. Pasti anda juga tidak akan menyangka yang proses pembuatan kek ini tidaklah rumit.

Jadi tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bagaimana cara hendak menyediakan kek sunquick moist versi kukus ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Mazaliza Mahayuddin di laman sosial Facebook.

Resepi Kek Sunquick Moist

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cwn tepung gandum*
  • 1 st baking powder*
  • 1 st soda bikarbonat*
  • 5 biji telur B
  • 2 sb parutan kulit buah sunkist
  • 1/2 cwn sunquick (Perisa Oren)
  • 2/3 cwn gula
  • 2/3 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn minyak sayur @ minyak masak
  • 1 cwn air panas
  • Sedikit pewarna kuning

P/s: Satukan bahan yang bertanda *.

Cara – cara penyediaannya:

  1. Blender telur, gula, sunquick dan susu.
  2. Masukkan semua bahan blender ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan tepung,minyak dan air panas.
  4. Masukkan kulit limau sunkist yang telah diparut dan pewarna kuning dan kacau hingga sebati.
  5. Kukus selama 1 jam.
  6. Siap.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *