10 Kumpulan Resepi Homemade Mushroom Soup & Garlic Bread (Lazat dan Berkrim

Sup cendawan yang berkrim dan kaya rasa ini pasti memikat selera anda. Untuk membuatnya, mulakan dengan menumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan cendawan segar yang telah dihiris. Tambahkan sedikit tepung untuk menambah kepekatan. Tambahkan pula sayur dan susu. Masak sehingga cendawan lembut dan sup mendidih. Kemudian, haluskan campuran ini sehingga menjadi tekstur yang lembut dan berkrim.

Sebagai pelengkap, sediakan roti bawang putih yang rangup atau biasa disebut garlic bread. Garlic bread dibuat dengan cara mencampurkan butter dengan bawang putih cincang dan herba, kemudian sapukan campuran ini di atas roti baguette. Bakar hingga keemasan dan rangup. Hidangkan sup cendawan bersama roti bawang putih sebagai menu sarapan atau minum petang.

Buat mushroom soup banyak-banyak. Boleh bekukan dan masuk dalam plastik kecil. Tapi, kalau ingin bekukan, pastikan belum bercampur dengan susu atau cooking cream. Apabila teringin makan, cairkan dalam periuk dan letak susu atau cooking cream. Tabur parsley, makan garlic bread cicah mushroom soup sedap.

Home Made Mushroom Soup

Imej via Facebook

Home made mushroom soup pertama dikongsikan oleh Hafizah Mohari di laman Facebook. Dengan menggunakan cendawan butang, cendawan kering dan shitake, menjadilah sup cendawan kaw yang bikin ketagih. Makan dengan roti garlic memang padu.

Bahan A :
  • Bawang holland dihiris,
  • Bawang putih dicincang,
  • Minyak zaitun.
Bahan B :
  • Kentang dipotong dadu,
  • Cendawan butang (dalam tin),
  • Cendawan kering (hitam) kena rendam supaya kembang,
  • Cendawan shitake,
  • Batang saleri,
  • Lobak merah,
  • Parsley kering (dalam botol).
Bahan C :
  • Susu Dutch Lady full cream,
  • Cooking cream,
  • Garam,
  • Serbuk perasa Maggie.
Cara-cara :
  1. Tumis bahan A dengan minyak zaitun sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan B satu persatu. Masukkan yang keras dulu macam kentang dan lobak.
  3. Kemudian masukkan air sedikit jika terlalu kering.
  4. Diiikuti semua jenis cendawan, batang saleri dan parsley. Gaul rata dan masak sehingga empuk.
  5. Jika sudah empuk, tutup api, biarkan sejuk. Bila sudah sejuk boleh kisar semua bahan B tersebut.
  6. Masukkan sedikit air semasa mengisar jika perlu.
  7. Seterusnya, panaskan bahan kisar tadi di atas api. Biarkan sehingga agak pekat guna api kecil.
  8. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  9. Kacau sampai pekat. Perasakan dengan garam dan sedap rasa.
  10. Akhir sekali masukkan cooking cream.
Bahan Home Made Garlic Bread :
  • Roti perancis panjang dipotong-potong.
  • Butter dicairkan dalam suhu bilik dicampur dengan bawang putih cincang halus dan tabur parsley.
  • Sapukan butter pada bahagian depan dan belakang roti.
  • Bakar roti di atas api. Siap.

Mushroom Soup dan Garlic Bread Minum Petang

Imej via Facebook

Petang-petang sambil layan hujan maka terjadilah Garlic Bread ft Mushroom Soup.
Alhamdulillah jemput makan, tidak sedar berapa keping sudah masuk perut. Resepi dikongsikan oleh Alynn Johanariffin di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 tin mushroom soup,
  • Sedikit butter,
  • Sedikit bawang putih,
  • Sedikit kicap,
  • 1 slice cheese.
Cara-cara :
  1. Masak butter bersama bawang putih sehingga keperangan.
  2. Masukkan soup.
  3. Masukkan juga cheese.
  4. Terus masukkan 1 tin yang sama air dan kicap, gaul sampai pekat.
  5. Perasakan dengan garam/gula.
  6. Chop bawang putih bersama butter dan daun parsley gaul-gaul sampai rata.
  7. Roti potong 3 memanjang, sapukan butter dan bakar sampai nampak warna keemasan, siap.

Mushroom soup dan Garlic Baquette

Imej via Facebook

Resepi seterusnya mushroom soup dan Garlic baguette menggunakan roti panjang dikongsikan oleh Salini Abu di laman Facebook. Resepi simple kerana menggunakan cendawan butang sahaja.

Bahan-bahan :
  • 1 tin mushroom sup,
  • 6-8 cendawan butang yang dipotong kecil.
  • 1 tin susu full cream @ susu cair,
  • Air 1 -2 tin, sukatan menggunakan tin mushroom soup tadi,
  • 1 sudu besar tepung jagung,
Cara-cara :
  1. Tumis garlic cincang.
  2. Masukkan cendawan yang dipotong kecil.
  3. Masukkan mushroom soup tin, susu fresh 1 tin dan air 2 tin.
  4. Secubit serbuk perasa dan garam (jika suka).
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan air tepung jagung.
  6. Biar mendidih tutup api.
Menyediakan garlic bread :
  1. ½ butter (biar suhu bilik),
  2. Bawang putih cincang gaul dengan butter bersama daun parsley,
  3. Kemudian sapukan butter pada roti.
  4. Bakar atas kuali.
  5. Agak-agak butter nampak kering dan garlic masak sudah boleh angkat.
  6. Makan bersama mushroom soup.

Mushroom Soup Cheese

Imej via Facebook

Seterusnya, Eila Rostam pula akan berkongsi resepi mudah dan viral cara-cara buat Homemade Mushroom Soup dan Garlic Bread. Selepas ini tidak perlu beli, buat sendiri lagi senang, berbaloi, menjimatkan dan yang penting “Halalan Toyyiban”.

Bahan-bahan :
  • 1 biji bawang putih dicincang halus,
  • 1 sudu butter,
  • 4-5 biji cendawan butang dicincang,
  • ½ cawan cendawan shitake dicincang,
  • Sedikit serbuk lada hitam,
  • Sedikit serbuk lada sulah,
  • 200 ml susu kotak fresh milk,
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh bersama air,
  • 1-2 cawan air (ikut kepekatan kuah yang diingini),
  • 1 kiub ayam,
  • 1 keping cheddar cheese,
  • ½ sudu kecil serbuk parsley,
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Cara-cara :
  1. Mula-mula cairkan butter, jaga api jangan sampai butter hangus.
  2. Tumis bawang putih sebentar.
  3. Masukkan kedua-dua jenis cendawan, tumis sekata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah, tumis sekata.
  5. Masukkan susu, kacau sebati.
  6. Masukkan serbuk parsley.
  7. Masukkan kiub ayam, air dan tepung gandum. Teruskan kacau untuk elak tepung bergentel.
  8. Masukkan sekeping cheese. Kacau sampai cheese cair.
  9. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika perlu.
Bahan Garlic Bread :
  • Roti perancis/roti Gardenia,
  • 1 sudu besar butter,
  • 1 biji bawang putih cincang,
  • ½ sudu kecil serbuk perasa,
  • ½ sudu kecil serbuk parsley.
Cara-cara :
  1. Sebatikan butter, bawang putih, serbuk perasa dan serbuk parsley.
  2. Potong roti ikut kesesuaian masing-masing.
  3. Sapu bancuhan garlic butter tadi ke atas roti.
  4. Bakar roti sehingga kekuningan.
  5. Sedia untuk dihidang bersama mushroom soup.

Mushroom Soup dan Garlic Bread ala Pizza Hut

Imej via Facebook

Mushroom soup dan Garlic bread ala pizza hut, siapa pernah makan? Sekarang senang boleh buat sendiri di rumah, tidak perlu keluar lagi. Rasanya pula memang sedap. Resepi dikongsikan oleh Roslina Asmi di laman Facebook.

Bahan-bahan mushroom soup :
  • 300ml air,
  • 500ml susu segar,
  • 1 kiub ayam,
  • ½ sudu teh daun parsley,
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam,
  • ½ sudu garam,
  • ½ cawan tepung gandum,
  • ½ sudu besar unsalted butter / mentega tanpa garam,
  • 1 tin cendawan butang (potong cincang).
Cara-cara :
  1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk.Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan kiub ayam.
  2. Kacau 2-3 minit, masukkan lada hitam dan cedawan butang. Kacau selama 15 minit.
  3. Masukkan daun parsley, butter, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.
  4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul.
  5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat.
Bahan-bahan Garlic bread :
  • Roti gardenia,
  • 1 ulas bawang putih,
  • Sedikit parsley,
  • Ulsalted butter / mentega secukupnya.
Cara-cara :
  1. Tumbukkan bawang putih sampai lumat.
  2. Kemudian tumis bawang putih dengan butter.
  3. Campurkan tumisan bawang putih dengan butter, gaul sampai sekata.
  4. Letak sedikit parsley, gaul sampai sekata.
  5. Sapu dekat roti.
  6. Bakar dalam oven 160C dalam 10 minit hingga roti nampak keperangan.

Garlic Bread dan Mushroom Soup Homemade

Imej via Facebook

Menu sarapan homemade garlic bread dan mushroom soup disediakan oleh Chek Kuna Ahmad di laman Facebook. sesiapa teringin buat sendiri, boleh cubakan resepinya.

Bahan-bahan Garlic Bread :
  • Majerin/planta,
  • Bawang putih cincang halus,
  • Serbuk daun pasley,
  • Roti.
Cara-cara :
  1. Gaulkan bawang putih dan serbuk daun parsley dan planta sekata.
  2. Potong 2 roti. Sapukan bahan planta tadi di atas roti.
  3. Susun dalam loyang. Renjis dengan air.
  4. Bakar guna oven api atas bawah. Suhu 190°C selama 15 minit.
Bahan-bahan Mushroom Soup :
  • Cendawan dipotong nipis,
  • 100 g butter,
  • 1 ketul kiub ayam,
  • Serbuk lada hitam,
  • 1 biji bawang holland (dipotong nipis atau dadu),
  • 2 cawan susu low fat,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • Air secukupnya,
  • Garam secukup rasa.
Cara-cara :
  1. Mula-mula cairkan butter.
  2. Masukkan bawang holland, tumis hingga layu.
  3. Masukkan cendawan, kacau rata.
  4. Bila cendawan sudah layu/kecut masukkan tepung, kacau rata.
  5. Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam.
  6. Masukkan susu.
  7. Masukkan air.
  8. Biar mendidih sebentar. Tutup api.
  9. Blend bahan sehingga halus.
  10. Masukkan bahan tadi dalam periuk, kacau rata. Kalau pekat tambah air lagi.
  11. Masukkan garam secukup rasa, biar mendidih. Siap.
  12. Boleh cicah dengan garlic bread tadi.

Mushroom Soup dan Garlic Bread Feveret

Imej via Facebook

Tiap kali ada majlis makan-makan, hidangan ini paling laku keras. Ramai juga pecinta dua beradik ini. Kena makan dua-dua barulah kena rasanya. Resepi dikongsikan oleh Fiedha Ruslan di laman Facebook.

Bahan-bahan Mushroom Soup :
  • Butter/majerin ditumis,
  • Bawang holland diblend hancur dan tumis,
  • Masukkan prego cendawan dan ayam,
  • Masukkan air ikut nak banyak mana,
  • Masukkan susu cair ikut kesedapan tekak masing-masing,
  • Masukkan kiub ayam,
  • Masukkan tepung gandum yang sudah dicairkan sedikit bagi kuah pekat,
  • Masukkan cendawan tin yang sudah dipotong halus,
  • Sedikit origano,
  • Sedikit lada hitam.
Bahan Roti Garlic Bread :
  • Roti,
  • Butter/majerin,
  • Oregano,
  • Bawang putih cincang.
  • Campurkan semua bahan dan letak atas roti kemudian bakar.

Mushroom Soup dan Garlic Bread Simple

Imej via Facebook

Selain dijadikan menu sarapan, garlic bread dan mushroom soup juga sedap dijadikan menu minum petang. Resepi mudah dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook.

Bahan-bahan garlic bread :
  • 1 pek roti jumbo,
  • Bawang putih tumbuk kasar,
  • 2 sudu makan daun parsley kering atau oregano ataupun basil,
  • 1 buku salted butter.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan-bahan kemudian sapukan di roti.
  2. Bakar dalam suhu 180C-200C api atas bawah.
  3. Bakar hingga warna bertukar coklat dalam 15 hingga 20 minit.
Bahan-bahan Mushroom Soup :
  • 300ml air,
  • 500ml susu segar,
  • 1-2 kiub ayam,
  • ½ sudu teh daun parsley,
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam,
  • ½ sudu teh garam,
  • ½ cawan tepung gandum,
  • ½ sudu besar mentega,
  • 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang),
  • Sedikit serbuk perasa.
Cara-cara :
  1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian baru masukkan kiub ayam.
  2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.
  3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.
  4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk, kacau sebati.
  5. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok dan sup akan menjadi pekat. Siap.

Mushroom Soup dan Garlic Bread Lazy

Imej via Facebook

Resepi seterusnya iaitu Mushroom soup homemade dan Garlic bread oleh Zaty Zulkiefly di laman Facebook. Resepi garlic bread simple dan mushroom soup sedap.

Bahan Mushroom Soup :
  • Butter/marjerin,
  • Bawang holland sebelah dicincang halus,
  • Bawang putih dalam 4-5 ulas dicincang halus,
  • Kiub pati ayam seketul atau dua ketul,
  • 1 tin cendawan butang dicincang halus,
  • 1 L susu kotak full krim,
  • Air secukupnya,
  • Garam,
  • Tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.
Cara-cara :
  1. Bawang ditumis dengan butter.
  2. Masukkan cendawan butang, kiub pati ayam, air untuk kuah secukupnya, biar sampai mendidih.
  3. Kemudian tuang susu kotak.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Masukkan air tepung jagung.
  6. Lagi sedap tambah cheese slice sekeping dua.
Bahan Garlic Bread :
  • Bawang putih sebanyak yang diingini,
  • Butter untuk menumis,
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih dengan butter.
  2. Kemudian sejukkan butter.
  3. Boleh sapu di atas roti.
  4. Bakar dengan pan anti lekat.

Garlic Bread dan Mushroom Soup Menyelerakan

Imej via Facebook

Garlic bread dan mushroom soup menu simple, mudah dan cepat. Wangi garlic bread amat menyelerakan, gerenti makan bertambah-tambah. Resepi dikongsikan oleh Naimah Kasim di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Seketul butter,
  • Selabu bawang putih dibakar dulu kemudian dicincang halus,
  • 1 sudu besar mix herbs.
  • Campur semua bahan bagi sekata. Boleh disimpan dalam peti ais.
Bahan Mushroom Soup :
  • 2 sudu besar butter,
  • 1 tin cendawan butang,
  • 500 ml susu full cream,
  • 3 ulas bawang putih cincang,
  • 1 labu bawang besar/Holland,
  • 1sk@sb lada hitam tumbuk,
  • 1-2 kiub ayam,
  • 3 sb tepung gandum dijadikan sos putih (panaskan butter, masukkan tepung
  • gandum, tambah air 2 cawan dan kacau sebati hingga pekat).
Cara-cara :
  1. Panaskan butter.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar.
  3. Masuk mushroom, dan lada hitam.
  4. Masukkan susu, lada hitam, kiub ayam, dan sos putih.
  5. Tambah 2 cawan air, masak hingga mendidih. Kuah akan pekat selepas agak sejuk.
  6. Blend sebahagian sup ini dan campur kembali dengan yang belum blend.
  7. Tabur sedikit herb untuk aroma.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sweety oat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Terima kasih sudah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *