Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bingka Labu (Makan Bertambah!)

author name

📄 ,

Hi semua! Kali ini kami bawakan resepi bingka labu, sebuah resepi hidangan minum petang yang mudah dan cepat untuk disediakan.

Bingka labu mempunyai bahan masakan yang mudah untuk didapati. Selain itu, jika anda ingin menyediakannya, tambah juga dengan air teh o kosong. Cukup sempurna petang anda!

Resepi ini dikongsikan oleh Azy Muda dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita tengok!

Resepi Bingka Labu

bingka-labu
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Labu kukus dulu (400gm)
  • Santan pekat 2 cawan
  • Santan cair 2 cawan
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Telur gred A 6 biji @ AA 5 biji
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu besar garam

Langkah – langkah memasak:

  1. Kisarkan kesemua, tuangkan sedikit sedikit kerana adunan ini banyak.
  2. Tuangkan kedalam loyang yang sudah disapu marjerin/minyak/mentega.
  3. Tabur bijan.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 – 160 C, 40 minit sehingga masak.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *