Resipi kali ini merupakan salah satu cara untuk menyediakan sayur kobis secara mentah dengan menjadikan ia salad. Ianya mirip seperti coleslaw tetapi sedikit berbeza namun begitu disebalik penggunaan bahan di dalam resipi ini sangat ringkas ia mempunyai rasa yang sedap dan sesuai dijadikan salad. Ianya boleh dimakan begitu saja namun jika anda ingin ia juga boleh dimakan bersama nasi minyak atau nasi butter. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini.
Bahan-bahan
- ½ biji kobis putih ( sagat kasar)
- 1 biji lobak merah ( sagat kasar)
- 1 tbsp mayonis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan gaul mesra.
- Perap agar airnya keluar atau nikmati terus.
- Siap!
Selain di sagat kobis ini juga boleh dihiris nipis-nipis untuk menghasilkan kerangupan namun begitu ianya terpulanglah kepada cara anda menyediakan hidangan ini mengikut citarasa, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.