Gebu cam tukang buatkan…?
“PAU KACANG MERAH”
Resepinya
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang )
Bhn B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3sdb shortening (sy guna butter..xde stok shortening )
2 sdb susu pekat manis
1 1/2sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10mnt lbh kurang (8mnt pun ok) kemudian. .. .peram doh dlm bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( cth. . dlm kereta. . bawah cahaya matahari..kalo nak peram dlm rumah pun xde hal)…Uli semula…bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti dan lapik dgn daun pisang atau kertas..dah siap masukkan inti dalam semua doh. .peram lagi 18minit-20minit jer tau. . ( jika pau inti kaya peram 15minit jer)
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hgg mendidih..Bila pau dah naik ( cukup masa peram ) kukus selama 7 minit guna api besar. .
Tips =Setiap doh timbang 40gram
Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. .
SILAKAN SHARE. .
kredit resepi kepada Mariana Zainal via GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA)