SWEETY OATS

SWEETY OATS
=========

Bahan-bahan:

250g mentega
70g gula aising
2 sudu makan madu
180g oat kisar
140g tepung jagung
60g tepung beras
190g tepung gandum
1/2 sudu teh perasa kopi

Hiasan:

Coklat masakan
Coklat masakan warna merah jambu

Cara membuat:

Putar mentega dan gula aising sehingga sebati dan kemudian campurkan madu.
Masukkan pula perasa kopi, oats dan kesemua tepung.
Kacau rata hungga menjadi adunan dan rehatkan seketika selama 10 minit.
Canai dan terapkan adunan menggunakan acuan berbentuk bulat dan bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.
Apabila masak, sejukkan dan celupkan separuh biskut ke dalam coklat masakan.
Hiaskan dengan coklat merah jambu secara berselang seli di atasnya.

* Coklat dicairkan dgn menggunakan kaedah ‘double boiler’

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 🙂