UBI REBUS GORENG BEREMPAH
Bahan-bahannya:-
Ubi kayu dlm 1 kg
Tepung gandum untuk celupan
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
sesudu kecil ketumbar
sesudu kecil jintan manis
sesudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya:-
– Kupas ubi kayu, potong dan rebus sehingga empuk
– Mesin bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan manis dan masukkan dalam tepung.
– Bancuh campuran tepung dengan air.
– Masukkan garam dan kunyit.
– Celup ubi dalam bancuhan tepung tadi dan goreng hingga kekuningan