Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Coklat Teddy Bear Guna 2 Bahan Confirm Laku Keras

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi apam cute yang menggunakan bahan yang sangat ringkas dan menggunakan kaedah pembuatan yang mudah dan boleh dicuba oleh sesiapa sahaja yang berminat. Apam cute adalah inovasi daripada apam polkadot dimana ia adalah sejenis apam comel yang dikukus dalam paper cup yang mini dan diisi dengan inti blueberi. Tapi dalam resepi ini sesuai dengan tema teddy bear saya gunakan apam perisa coklat dan juga inti sos coklat yang sedap. Baiklah bagi anda yang mencari-cari idea hidangan cute yang mudah untuk disediakan anda bolehlah mencuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • Sponge mix coklat 250g
  • Telur gred A/B 3 biji 
  • Coklat ganache/coklat cair
  • Mini paper cup
  • Acuan kuih lompang

Kaedah

  • Pukul sponge mix dengan 3 biji telur hingga ia gebu dan adunan menjadi berlpat-lipat.
  • Hentikan mixer dan asingkan 4 sudu besar dalam 1 mangkuk dan 2 sudu besar dalam 1 mangkuk yang lain.
  • Warnakan 2 mangkuk tadi dengan emulco coklat, 1 bahagian yang lebih gelap dari setiap satu.
  • Jadi sekarang ada 3 warna adunan pertama warna asal, kedua sedikit gelap satu lagi lebih gelap.
  • Paipkan adunan dalam paper cup hingga separuh dan kemudian masukkan coklat cair.
  • Akhir sekali paip aduna hingga penuh paper cup tadi.
  • Kukus 15 minit dan kemudian sejukkan sekejap.
  • Paipkan wajah teddy bear, mata,hidung dan telinganya.
  • Kukus lagi 5-10 minit.
  • Keluarkan dari pengukus dan bolehlah anda hidangkan.

Apam teddy bear ini amat sesuai dijadikan hidangan akhir tahun sekolah ataupun potluck. Untuk membuat wajah teddy bear ia memerlukan sedikit latihan tetapi ia amat mudah dan berbaloi kerana selain dari comel rasanya juga amat sedap. Apam ini tahan lama jika disimpan dalam petiais. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.