resepi-rendang-ayam-cili-api

Resepi Rendang Ayam Cili Api Sedap Sangat

Mencari resepi rendang ayam cili api yang sedap dan mudah? Nah, kami akan kongsikannya di sini.

Tiada siapa tidak suka makan rendang. Kami salah seorang daripadanya. Kami sangat sukakan masakan rendang. Terdapat banyak sebenarnya resepi rendang ayam cili api yang ada di online. Tetapi resepi yang ingin kami kongsikan ini wajib anda cuba. Kami gerenti pasti menjadi dan sedap. Keluarga pasti bertambah untuk makan.

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam
  • 3 batang serai – 1 batang dititik, 2 batang dikisar halus
  • 2 inci lengkuas
  • ½ inci halia
  • 1 ½ inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 – 20 biji cili api (mengikut kepedasan)
  • 800ml santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 2 sudu besar Sstok Pekat Aayam MAGGI
  • *Perasakan dengan MAGGI Cukup Rasa 

Cara-cara

  1. Kisar cili api, bawang putih, halia, lengkuas, batang serai, bawang merahdan kunyit.
  2. Rebus ayam hingga separuh masak. Toskan dan ketepikan.
  3. Masak bahan kisar, serai yang dititik, kayu manis, rempah kari, santan dan Stok Pekat Ayam MAGGI  hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kacau sehingga kering.
  5. Perasakan dengan Maggi Cukup Rasa.
  6. Tabur daun kunyit yang dihiris halus.

Video Resepi

Maklumat lanjut:

Similar Posts