sambal-sotong-nampla

Resepi Sotong Sambal Nampla (Resepi Ala Thai)

Sambal Nampla merupakan hidangan orang Siam. Nampla merupakan sos ikan dan ianya dimasak bersama dengan sotong menjadi kombinasi yang amat lazat.

Kali ini kami sediakan resepi sotong sambal nampla yang mudah buat anda semua. Sekiranya anda amatur, jangan risau! Resepi ini boleh disediakan oleh anda juga!

Resepi ini dikongsikan oleh Yuss Aisya dan mendapat banyak likes di media sosial. Apa tunggu lagi, jom lihat!

Resepi Sotong Sambal Nampla

sambal-sotong-nampla
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sotong
  • Bawang putih ketuk
  • Serai ketuk
  • Nampla (fish sauce)
  • Cili kering kisar
  • Gula
  • Jus limau nipis

Semua kuantiti agak – agak sahaja

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih dan serai.
  2. Tumiskan cili kisar.
  3. Tunggu garing dan masukkan nampla dan gula.
  4. Perahkan limau nipis.
  5. Masukkan sotong dan besarkan api.
  6. Gorengkan selama dua minit.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *