Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sosej Bakar Madu Marbeles Sedap Sangat

author name

📄

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi yang sesuai dihidangkan di majlis BBQ. Sosej bakar madu ini menggunakan bahan-bahan seperti kicap, sos dan juga madu. Sosej diperap sebentar sebelum dibakar, ia mengambil masa yang tidak lama untuk dibakar. 

Sosej juga dicucuk dengan batang lidi agar lebih mudah untuk dibakar dan dihidang. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ini,berikut adalah bahan bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 bungkus sosej 

Bahan-bahan Perapan

  • 6 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap masin
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan madu
  • Secubit lada hiitam

Kaedah

  • Satukan semua bahan perapan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan sosej ke dalam bahan perapan tadi dan perap seketika. Boleh bakar terus jika suka (boleh bakar menggunakan kuali ajaib atau apa saja.
  • Masukkan 3 sudu makan mentega ke dalam kuali sebelum sosej dibakar.
  • Bakar dengan api perlahan sehingga masak.
  • Bila sosej sudah masak curahkan baki sos tadi.
  • Terbalikkan perlahan-lahan supaya sosej tak patah.
  • Siap untuk dihidang

Selain dari sosej anda boleh juga guna sosej koktel, cucuk ia dengan lidi jika anda suka atau hidangkan terus. Boleh dinikmati terus tapi boleh juga jika ingin dimakan bersama roti. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

One response to “Resepi Sosej Bakar Madu Marbeles Sedap Sangat”

  1. […] sini banyak tempat-tempat berkelah. Jika datang dengan membawa bekalan ayam dan sosej marinate, pasti sungguh seronok berbabeque sambil menyelam di dalam […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *