Resepi Cheese Corn Dog ( Cheese Tarik)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang viral sejak akhir-akhir ini. Corn dog adalah sebuah masakan dari US. Ia bermula dengan hot dog yang dicucuk dengan lidi, kemudian dicelup dengan tepung yang dibancuh bersama tepung, susu dan telur. Ianya digoreng tenggelam dengan minyak yang sederhana panas.

Manakala cheese corn dog pula, adalah sejenis menu yang sangat popular di Korea. Ianya dijual digerai-gerai jalanan dan mendapat sambutan luar biasa dari peminat “street food”. Cheese corn dog mempunyai tambahan cheese mozzarella yang mempunyai tesktur kenyal apabila dipanakan. Mozzarella cheese inilah yang biasa digunakan diatas pizza yang biasa kita lihat iklannya yang mempaparkan ‘cheese tarik’ yang menarik!

Baiklah kali ini Madam akan kongsikan resepi yang menarik dan lazat sekali ini yang anda harus cuba.

Resepi Cheese Corn Dog ( Cheese Tarik)
Bahan-bahan

  • Mozzarella cheese blok 200g
  • Hot dog cheese 10 batang
  • Mozzarella slice
  • 2 cawan Serbuk roti (Breadcrumb)
  • Lidi sate (anggaran 20 batang)

Bahan salutan tepung

  • Tepung gandum 1 ½ cawan
  • Gula 2 sudu kecil
  • Garam 1 sudu kecil
  • Serbuk penaik 2 sudu kecil 
  • Telur 1 biji
  • Susu full cream 200ml (anggaran lebih kurang untuk bancuhan pekat ) 
  • Tepung gandum anggaran 2 sudu besar atau hingga mencukupi .

Kaedah 

  • Mula-mula celur hotdog didalam air panas. Keluarkan dan potong dua,ketepikan.
  • Kemudian potong blok mozzarella kepada 20 bahagian yang sama panjang.
  • Cucuk hotdog dengan lidi, kemudian cucuk pula cheese dibahagian atasnya.
  • Bekukan didalam petiais sekurang-kurangnya 1 jam, supaya cheese beku.

Adunan salutan tepung

  • Mula-mula gaul tepung bersama gula,garam dan serbuk penaik.
  • Tambahkan telur, kacau dan kemudian tambahkan susu sedikit demi sedikit agar adunan ini menjadi pekat. Adunan perlu pekat untuk mengelakkan keju cair ketika digoreng.
  • Masukkan bancuhan ini didalam gelas tinggi untuk memudahkan penyaduran.

Cara penyediaan cheese corn dog.

  • Keluarkan corn dog yand disediakan tadi dari peti ais beku.
  • Masukkan ia kedalam bancuhan tepung yang di letak didalam gelas tinggi. 
  • Celup ia dengan tepung gandum sehingga rata.
  • Kemudian baru celup sambil buat pusingan agar corn dog mendapat saduran yang sempurna.
  • Akhir sekali celup didalam serbuk roti hingga ia disadur menyeluruh.
  • Goreng dengan minyak yang sederhana panas, anggaran masa 3-4 minit sahaja.
  • Perlu dinikmati panas-panas agar mendapat tesktur cheese tarik.

Walaupun bahan-bahan digunakan agak ringkas, namun kosnya agak mahal. Kerana itulah cheese corn dog ini dijual dalam anggaran RM7-RM10 sebatang. Agak berbaloi jika beli sebatang sahaja, namun kerana ia sangat sedap anda mungkin tidak puas jika makan satu sahaja. 

Untuk mengelakkan cheese meleleh ketika menggoreng cheese corn dog ini, anda haruslah memastikan cheese dan hot dog dibeku lama selepas dicucuk dengan lidi sate. Cheese yang dibekukan akan lembut tetapi tidak cair atau meleleh. Ia akan menghasilkan tekstur tarik sahaja.

Anda harus cuba resepi ini dan dengan tips yang disediakan, anda pasti dapat hasilkan cheese corn dog seperti yang dijual dikedai-kedai. Oleh itu selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *