siput sedut lemak

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api (Lazat Merecik)

Selamat pagi, kali ini kami akan berkongsi resepi kampung siput sedut. Jangan lepaskan peluang dapatkan resepi lazatnya.

Pernahkah anda makan siput sedut? Olahan siput sedut paling enak apabila dimasak lemak cili padi. Siapa duduk kampung jangan kata tidak pernah makan, sebab siput sedut senang dicari di kawasan sawah yang berlumpur. Di mana, tempat ini hanya ada di kawasan kampung yang asli.

Mungkin terdapat pelbagai resepi siput sedut masak lain seperti sup atau goreng. Namun kami perakukan dimasak lemak cili api. Kerana pemakaian santan dan rempah lemak serta pedas akan membuat bau hanyir siput tadi hilang.

Untuk mempersingkat masa, mari cubakan resepi tradisi siput sedut masak lemak yang dikongsikan oleh Nora Azni di laman Facebook. Jangan lupa siput dicuci bersih agar tidak bau dan kotoran yang melekat hilang, makan pun tidak bimbang.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

siput sedut lemak
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 kg siput sedut (potong bahagian hujung siput, rendam bersama asam keping) basuh bersih sampai hilang semua kotoran.
  • 2 batang serai (diketuk).
  • Santan pekat kotak kecil (dicampur dengan 1 gelas air).
  • Daun kesum.
  • 2 keping asam keping@gelugor.
  • Garam secukup rasa.

Bahan Kisar :

  • 3 ulas bawang putih*,
  • 3 ulas bawang merah*,
  • 10 biji cili padi hijau@merah*,
  • Kunyit hidup@kunyit serbuk*,
  • Sebesar ibu jari lengkuas*.

Cara-cara :

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * bersama sedikit air.
  2. Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama serai.
  3. Kemudian tambahkan asam keping dan siput sedut. (Kacau-kacau biar sebati).
  4. Masukkan santan, garam dan daun kesum.
  5. Agak-agak kuah sudah mendidih masak elok, boleh tutup api dan hidang.
  6. Makin pekat kuah gulai makin sedap rasanya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi siput masak lemak cili api, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *