Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Serunding Halia (Sedap bersama Nasi Putih!)

author name

Halia merupakan salah satu bahan dalam masakan yang terbukti mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya ianya dapat membuang angin dalam badan dan amat baik diamalkan buat ibu – ibu selepas berpantang.

Kali ini kami bawakan resepi serunding halia yang amat popular dimakan pada bulan Ramadhan. Ianya juga salah satu hidangan yang diamalkan ibu berpantang. Rasanya amat lazat dan sesuai dimakan bersama nasi putih.

Resepi ini dikongsikan oleh Faizah Md Zain dan mendapat banyak likes serta komen positif di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Serunding Halia

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg halia (dikupas dan disagat)
  • RM10 ikan bilis (digoreng dan dikisar kering)
  • 5 batang serai (dimayang halus)
  • 5 labu bawang putih (dimayang halus)
  • Garam
  • Minyak

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan gorengkan halia menggunakan api perlahan.
  2. Biarkan garing kekuningan, angkat dan toskan.
  3. Gorengkan bawang putih dan serai sehingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Gaul rata halia, bawang putih dan serai yang siap digoreng tadi.
  5. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam.
  6. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *