Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sizzling Yee Mee Sebiji Macam Difood Court

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan cina yang sangat popular dijual terutama di’food court’ iaitu sebuah tempat makan yang biasanya terdapat dihypermarket. Sizzling yee mee ialah yee mee iaitu sejenis mee kering yang disediakan bersama kuah kicap yang sedikit berbeza berbanding mee kicap atau seumpamanya. Sizzling yee mee dinamakan begitu kerana lazimnya ianya dihidang didalam ‘hot plate’ dalam keadaan yang panas mengelegak. 

Antara bahan yang biasanya digunakan didalam resepi ini ialah cendawan shitake, isi ayam, beberapa  jenis kicap,telur dan sayur sawi. Perkongsian kali ini akan menunjukkan cara mudah menyediakan yee mee ini dirumah anda sendiri tanpa hot plate, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1-2 buku Yee Mee 

Bahan kisar

  • ½  biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan kuah kicap

  • 3 tbsp besar sos tiram
  • 2 tbsp kicap manis
  • 2 tbsp kicap cair
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 2 tsp tepung jagung + ½ cawan air

Bahan rencah

  • 2 ketul isi ayam bahagian bertulang (potong kecil)
  • 5 biji cendawan shitake (hiris)
  • 1 pokok sawi manis 
  • 3 ulas cili kering ( potong pendek)

Kaedah

  • Celur yee mee hingga lembut, ketepikan.
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan rencah mula dengan cili kering.
  • Selepas itu masukkan cendawan shitake.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
  • Apabila ayam telah masak masukkan baha-bahan kuah kicap kecuali air tepung jagung.
  • Bila kuah telah menggelegak, masukkan sayur sawi.
  • Apabila sayur sawi telah masak, masukkan air tepung jagung.
  • Tambah garam jika kurang masin, tidak perlu msg kerana kuah telah menggunakan kiub pati ayam.
  • Untuk menyediakan yee mee sizzling tanpa hot plate, masukkan yee mee kedalam kuah sejurus sebelum dihidangkan agar mee tidak kembang.
  • Kemudian pecahkan telur dan tutup api sebelum kuah menjadi terlalu kering.
  • Hidangkan bersama cili api yang dipotong bersama kicap cair.
  • Siap!

Dengan resepi ini anda boleh berjimat kerana bukan sahaja ia mudah untuk disediakan, malah bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah didapati di pasaraya. Potongan cili api bersama kicap cair merupakan hidangan sampingan yang akan memenuhi selera mereka yang gemar makan pedas. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi untuk hidangan keluarga anda.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *