Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Salsa Mudah Yang Simple Pun Sedap

author name

📄

Resepi ini merupakan salad yang mudah untuk disediakan, lazimnya ia dihidang bersama dengan nasi Arab ataupun nasi dah mandy. Pembuatan salad ini sangat mudah dan bahan yang digunakan ialah seperti timu, tomato dan bawang besar. Saya menggunakan ranch dressing yang pernah saya kongsikan dalam resipi ini, baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • Timun 
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Cili merah
  • 1-2tbsp ranch dressinhg/sos mayonis
  • Garam (jika kurang masin)

Kaedah

  • Mula buang empulur buah tomato dan timun kemudian potong dadu
  • Hiris bawang besar dan cili merah
  • Tambah semua bahan tadi dalam 1 bekas yang sesuai
  • Kemudian tambah sos ranch dressing atau kalau tak ada tambah sos mayonis
  • Gaul rata dan sejukkan sebelum dinikmati
  • Siap!

Jika anda tidak ada ranch dressing anda boleh juga menggunakan sedikit mayonis tapi tak perlu banyak kerana ia akan memberi rasa yang memuakkan.Hidangan ini sangat sedap dimakan bersama dengan nasi ataupun anda boleh makan bersama roti pita ataupun diratah begitu saja, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.