Resepi Pic Strudel Dengan Cream Cheese Sedap Menggoda

Resipi ini merupakan satu resipi yang mulai popular di kalangan masyarakat kita sejak kebelakangan ini. Ianya merupakan menu yang sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut. Bahan yang digunakan dalam resipi ini sangat mudah untuk didapati di kedai yang membekalkan barangan membuat kek. Bagi anda yang ingin mencari idea hidangan yang sesuai dan mudah untuk disediakan dan keluarga anda berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan menu ini.

Bahan-bahan

  • 1 bekas pastri puff kawanku
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu besar air

Kaedah

  • Potong pastri puff dan sapu dengan kuning telur.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c.
  • Sejukkan sebelum diguna.

Topping ceam cheese

  • 100g cream cheese
  • 3 sudu besar susu manis 
  • Fresh krim 100ml (siap pukul)

Kaedah

  • Pukul cream cheese bersama susu manis.
  • Kemudian gaul dengan fresh krim yang telah dipukul.
  • Penyediaan Strudel.
  • Ambil sekeping pastri yang telah dibakar.
  • Paipkan krim dan kemudian letak satu lagi pastri.
  • Paipkan krim lagi dan kemudian tambah buah pic.
  • Siap!

Selain daripada menggunakan buah peach, strawberi juga sesuai malah anda juga boleh menggunakan apa saja jenis buah buahan yang sesuai diletakkan sebagai toping. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan ianya lebih menjimatkan bila anda buat sendiri jadi rugi kalau tak mencuba! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Penulis