Resepi Muffin Red Velvet Bajet Lagi Sempoi

Oleh:

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi muffin yang jarang-jarang disediakan. Muffin red velvet biasanya didapati dalam bentuk cupcake. Namun melalui perkongsian kali ini kita akan bawakan cara-cara untuk menyediakan muffin red velvet dengan cara yang lebih mudah dan murah. Namun begitu rasanya tidaklah kurang sedapnya. Baiklah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda hasilkan sendiri muffin ini.

Bahan kering

  • f200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Bahan basah

  • ½ cawan minyak/butter cair
  • 1 cawan buttermilk (susu + 1 sudu besar cuka)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Hiasan

  • Red velvet Emulco
  • White choc Chip
  • Badam

Kaedah

  • Campur semua bahan kering dan basah dalam belas berasingan.
  • Kemudian baru campurkan sehingga sebati.
  • Guna spatula atau whisk sahaja.
  • Akhir sekali baru tambahkan bahan hiasan.
  • Masukkan adunan didalam cawan Muffin
  • Bakar 25-30 minit pada suhu 160c
  • Siap

Cara untuk menyediakan muffin ini sangat mudah dan kosnya juga agak rendah. Oleh itu ia amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah doorgift dalam majlis kecil. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.