Resepi Milo Tabur (Macam Digerai)

Oleh:

Resepi  berikut merupakan sebuah resepi minuman yang amat popular dan digemari ramai. Ia digemari pelbagai lapisan masyarakat dari yang muda sehingga yang tua. Milo tabur atau Milo dinasour mendapat namanya kerana serbuk Milo yang ditabur banyak diatas minuman ini.

 Minuman ini amat sedap kerana penggunaan Milo yang amat pekat. Bagi anda penggemar Milo bolehlah mencuba resepi ini menggunakan bahan-bahan yang berikut.

Resepi Milo Tabur (Macam Digerai)
Bahan-bahan

  • 1 cawan susu rendah lemak/susu sega
  • 3 camca besar milo
  • 2 camca besar milo (untuk ditabur)
  • 1 camca besar susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan air panas
  • Ais kiub secukupnya

Kaedah 

  • Bancuh 3 camca besar dengan 1 1/2 cawan air panas, kacau rata dan tambah susu pekat manis. Kacau hingga sebati. 
  • Tambah susu rendah lemak/susu segar dan kacau rata. 
  • Kalau nak bagi kembang, masukkan dalam pengisar dan kisar sekejap.
  • Tuang dalam gelas sesuai, letak ais kiub secukupnya
  • Apabila ia telah betul sejuk baru taburkan serbuk Milo.

Sekalipun ia menggunakan susu manis, tetapi ia tidak terlalu manis kerana penggunaannya tidaklah banyak sangat. Anda boleh menganggarnya mengikut citarasa anda. Pastikan anda menuangkan dalam gelas yang ada air batu hanya bila anda ingin minum kerana untuk mengelakkan air batu cair dan merosakkan keenakkan Milo tadi. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]