Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Air Nenas Longan Femes Zaman Dulu-dulu Tapi Senang Je Sebenarnya

author name

📄

Resepi ini merupakan resepi minuman yang sedikit berbeza dari yang biasa dikongsikan. Air nenas suatu masa dahulu agak popular apatah lagi buah nenas adalah buah tropika yang amat mudah didapati dinegara kita malah ia juga murah. Air minuman kali ini saya buat menggunakan buah nenas dalam tin. Disediakan menggunakan buah longan dalam tin dan sedikit tambahan gula. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Buah nenas dalam tin
  • 2 tbsp gula putih/air gula
  • Buah longan dalam tin

Kaedah

  • Mula-mula keluarkan buah nenas dari tin 
  • Kisarkan bersama sedikit jus dalam tin tadi.
  • Tambah air gula atau kisar gula bersama buah nenas tadi.
  • Letak air batu dalam gelas dan tuang air nenas tadi
  • Tambah buah longan sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Selain dari menggunakan buah longan buah laici dalam tin pun sedap juga tetapi ia kurang rangup berbanding buah longan. Air gula atau gula boleh diabaikan jika anda tidak suka ia terlalu manis tetapi biasanya bila air batu mulai cair air akan bertambah kurang manis.Apapun jangan lupa untuk mencuba resepi mudah ini!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.