Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kepak Ayam Bakar Air Fryer Guna Bahan Ringkas Sos Bijan Kewpie Je

author name

Resepi berikut merupakan resipi yang telah viral baru-baru ini. Penyediaannya sangat mudah ada rasanya sangat sedap. Resepi ini mulai menjadi viral selepas video masakan dan influencer hebat Khairul Aming masak ayam kewpie ini. Ayam bakar ini menggunakan sos bijan daripada jenama Kewpie  dan ianya mempunyai rasa bijan yang agak kuat dan bahan lain digunakan ialah sos tiram.Resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan saya masak menggunakan air fryer.Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Kepak ayam
  • Sos bijan kewpie
  • Sos tiram
  • Sedikit minyak
  • sukatan bahan bergantung pada jumlah kepak ayam

Kaedah

  • Bersihkan kepak ayam dan kerat kepada dua bahagian.
  • Tambah sos bijan dan juga sos tiram
  • Spray dengan sedikit minyak sebelum anda masak dengan air fryer.
  • Masak lebih kurang 20 min dan alih-alihkan sekali sekala tambah minyak supaya berkilat dan lebih wangi.
  • Siap!

Walaupun resepi asal menggunakan ayam bahagian lain tetapi saya secara peribadi lebih gemar bahagian kepak ayam kerana ia lebih cepat masak dan lebih sedap. Resepi ini tidak menggunakan banyak bahan oleh itu ia amat sesuai bagi orang yang sibuk bekerja tetapi inginkan sesuatu yang sedap. Makanlah dengan nasi atau wrap ataupun ratah begitu sahaja. Selamat mencuba!  

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.