Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roasted Bbq Kepak Ayam Confirm Laris Kalau Buat Potluck

author name

Resepi kali ini adalah resepi ringkas dan amat sesuai dijadikan hidangan ketika majlis bbq ataupun berkelah. Kepak ayam bbq ini diinpirasikan dari bbq chicken wing pizza hut yang sentiasa mendapat permintaan dikalangan peminatnya. Bahan-bahan yang saya gunakan dalam resepi ini juga amat ringkas dimana saya tidak menggunakan sebarang bawang, halia mahupun cili.Sebaliknya saya menggunakan sos bbq, sos tiram dan sedkit sos lada hitam dalam resepi ini.

Bahan-bahan

  • Kepak ayam ( potong dua dan buang bahagian hujungnya)

Bahan-bahan perapan

  • Sos BBQ 
  • Sos tiram
  • Sos lada hitam
  • Sedikit garam
    Sedikit madu
  • Minyak masak

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan ayam dan perap dengan semua sos termasuk garam dan madu.
  • Biarkan seketika sebelum anda masak dalam oven pada suhu 200c selama 10 minit.
  • Kemudian keluarkan sebentar dan sapu dengan baki sos serta tutup dengan aluminium foil untuk elak ia menjadi kering.
  • Sapu dan bakar anggaran 20 minit atau hingga ia masak.
  • Bila dah masak gaul lagi dengan baki sos yang telah dimasak terlebih dahulu barulah anda hidangkan dan warnanya akan nampak cantik dan menyelerakan.
  • Siap!

Masakan begini sentiasa mendapat permintaan terutama dikalangan remaja dan juga kanak-kanak kerana rasanya yang western dek kerana aroma BBQ jadi gunakan jenama yang baik untuk mendapatkan rasa asli bbq chicken wing tu contohnya jenama Heinz yang memberi rasa premium. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.