Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kacang Pool Sebenarnya Tak Susah Pun Nak Buat Sendiri

author name

📄

Resipi kali ini merupakan sejenis masakan yang popular berasal dari Johor. Kacang pool adalah sejenis masakan yang dibawa oleh pendatang yang datang dari Arab. Ini dikatakan sebagai cara untuk mereka melepaskan rindu pada tanahair sejak tiba di Tanah Melayu. Resepi ini diperbuat daripada kacang pool yang sedikit berbeza daripada kebanyakan yang biasa terdapat di negara kita. Ianya dimasak dengan rempah dan juga daging hancur kemudian dimakan bersama roti. Penyediaannya tidaklah sukar dan bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 400 gram daging kisar
  • 2 camca besar rempah kari daging (bancuh dengan air dan jadikan pes)
  • 1 tin kacang pool
  • 1 tin baked beans

Bahan sangai dan kisar halus :  

  • 1 tbsp biji ketumbar
  • 1 tbsp jintan halus
  • 1 tbsp jintan kasar

Bahan lain

  • 1 camca teh lada hitam -ditumbuk halus
  • 2 camca besar minyak sapi
  • gula dan garam secukupnya
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan sampingan

  • Limau kasturi – belah 2
  • Bawang besar – dadu
  • Cili hijau –  hiris 
  • Roti gardenia

Kaedah 

  • Cuci bersih daging cincang dan letak dalam tapis dan tos.
  • Campurkan kacang pool dan baked bean dalam satu bekas dan lenyekkan.
  • Cairkan minyak sapi dan tambah minyak masak sedikit
  • Tumis bahan kisar dan masukkan pes kari daging
  • Kemudian tambah biji ketumbar yang dikisar kering tadi.
  • Bila dah garing dan naik minyak masukkan daging
  • Masak hingga daging sebati dan tambah air lebih kurang 1 liter.
  • Masak hingga kuah mengelegak dan tambah kacang yang telah dilenyek tadi.
  • Masak hingga kuah pekat dan tambah garam,serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
  • Akhir sekali, masukan serbuk lada hitam tumbuk, tutup api dan sejukkan sebelum dihidang.
  • Hidangkan kacang pool bersama roti yang digrill bersama limau kasturi, bawang besar, hirisan cili san juga telur goreng.
  • Siap!

Kebiasaannya roti yang dinikmati bersama kacang pool ini adalah roti putih yang dipotong tebal, namun begitu anda juga boleh sahaja menggunakan roti putih biasa yang mudah didapati. Itu diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.