Roti Kebab Baghdad

Roti kebab baghdad nama di beri..bekpes pagi merangkap bekal skolah anak2…
#homecook

Roti kebab baghdad
Cara mudah & cepat..

Inti;
Daging burger (3 keping daging dpt isi 5 biji roti)
Sayur campur
Cili sos+tomato sos(sy guna sos cili life je)
Lada sulah
**goreng daging burger letak marjerin skit je dan hancurkan masukkan sayur campur,lada sulah & cili sos secukupnya.
(Inti ni boleh olah sndr mengikut citarasa anda)tp ini yg paling senang..klu xde sayur campur blh letak timun & tomato dadu.

Roti burger bulat/roti hotdog di belah tengah di sapu mayonis/letak cheddar cheese..

Kulit popia size besar utk membalut
Bancuhan tepung gandum+air utk lekatkan kulit popia.balut dgn kemas mcm balut hadiah tu..
Klu guna roti hotdog panjang belah 2 untuk senang membalut.klu kulit popia ckup besar blh je balut seketul2..letak bancuhan tepung di setiap sisi balutan supaya kemas..
Goreng dgn minyak panas dan toskan..siap d makan…

*boleh di frozenkan seminggu..defrost sblm goreng..

kredit resepi ini kepada Norlizah Ramli

nak lagi resepi ? jom like Resepi Sedap