Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Glassnoddle Goreng Petua Tak Bagi Hancur

author name

📄

Resepi glass noddle goreng atau pun suhun goreng sentiasa mendapat permintaan ysng tinggi kerana keunikan dan rasanya yang lebih sedap. Namun bagi sesetengah orang mereka sering kecewa kerana suhun ytang digoreng hancur kerana teknik yang digunakan salah. Dalam perkongsian kali ini saya kongsikan resepi mudah untuk menyediakan suhun goreng yang mempunta rasa seperti mana yang terdapat direstoran Johnny, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Segenggam suhun ( rendam dalam air paip)
  • Bawang putih cincang 

Bahan pes

  • Kicap cair/sos ikan
  • Sos tiram
  • Serbuk cili (kalau suka pedas)
  • Air sedikit untuk bancuh jadi pes

Bahan rencah (ikut selera)

  • Udang
  • Ayam
  • Telur
  • Kobis 
  • Carrot

Kaedah

  • Mula-mula goreng rencah kecuali sayur satu persatu dan asingkan.
  • Dengan minyak yang sama goreng bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan sayur-sayuran dan tambah air sikit.
  • Selepas itu masukkan suhun dan goreng
  • sebentar selepas itu tambah pes yang telah disediakan tadi. (Sukatannya perlu dianggar sendiri).
  • Suhun ambil masa yang singkat untuk lembut jadi perlu goreng dengan cepat.
  • Akhir sekali bila suhun dah sebati masukkan telur, udang dan ayam yang telah digoreng awal tadi.
  • Siap! 

Tip:

  • Suhun potong 3 kerana lebih mudah dikacau.
  • Rendam dengan air suhu bilik dan jangan guna air panas atau suam sebab suhun mudah hancur.
  • Pes dan rencah disediakan awal supaya suhun tidak berada dalam kuali terlalu lama.

Saya menggunakan suhun biasa yang terdapat dikedai runcit, biasanya saya beli banyak kerana suhun goreng merupakan salah satu kegemaran saya, ia juga lebih rendah dalam kandungan karbo berbanding bihun. Oleh itu ia pasti sesuai bagi anda yang mencari-cari kelainan dalam hidangan harian anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.