Resepi Daging Panggang Lembut Berempah Juicy dan Moist

Resepi kali ini merupakan resepi atau kaedah panggang daging dengan cara yang betul dimana daging yang dimasak lebih juicy dan lembut. Hidangan ini boleh dimakan bersama sos pencicah yang sesuai dan juga dimakan bersama ulam ulaman dan nasi. Resepi ini menggunakan bahan perapan yang ringkas seperti lada hitam,jintan manis dan juga sedikit minyak tetapi yang lebih menarik cara yang dikongsikan disini untuk menghasilkankan daging yang lembut, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan- bahan

  • Daging lembut (minta dari penjual)

Bahan rempah

  • Lada hitam kisar
  • Jintan manis
  • Biji ketumbar
  • Garam
  • Gula / madu
  • Minyak (letak selepas 1 jam perap)

Kaedah

  • Mula kisar atau tumbuk hingga pecah bahan-bahan diatas.
  • Sapu daging dengan bahan ini dan tambah garam dan madu.
  • Perap sejam dan kemudian baru tambah minyak masak.
  • Sediakan kuali dan panaskan kuali hingga betul-betul panas.
  • Letakkan daging tadi dan pastikan ia garing sebelum diterbalikandan pastikan semua bahagian garing.
  • Sediakan aluminium foil dan letakkan daging tadi dan tutup dengan segera.
  • Biarkan sejam barulah boleh keluarkan daging dan hiris sebelum dihidangkan.
  • Siap! 

Daging panggang ini boleh dimakan bersama sos black pepper tapi jika begini sahaja pun dah sedap. Bagi peminat daging selain dari daging batang pinang atau wagyu yang ternyata amat mahal anda boleh juga menggunakan daging lembut. Bahagian daging ini boleh anda minta dari penjual daging dipasar segar. Untuk menikmati khasiat dan keenakan daging sebaiknya beli daging tempatan yang lebih segar. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts