Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Mini Choc Chip Buat Kudapan Atau Rendam Dengan Susu Segar Pon Sedap

author name

Resepi seteusnya ini merupakan cara menyediakan kudapan yang sesuai untuk semua orang. Terutama jika dijadikan hidangan kuih raya juga amat sesuai. Malah bahan-bahan digunakan didalam resepi ini amat mudah didapati dan penyediaannya juga sangat ringkas. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah butter,tepung, telur dan choc chip dan ianya perlu dibentuk kecil-kecil untuk mendapat bentuk mini.

Baiklah bagi anda yang mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

A

  • 160g butter (cairkan)
  • 50g gula halus
  • 100g gula perang
  • 1 biji telur gred A
  • 1tsp esen vanila
  • 1tbsp susu segar

B

  • 300g tepung gandum
  • 1/2tsp baking powder

C

  • Choc chip
  • Choc nib

Kaedah

  • Campurkan gula pada butter yang telah cair.
  • Kacau hingga gula sedikit larut.
  • Kemudian masukkan telur dan esen vanila.
  • Masukkan susu segar dan kacau lagi.
  • Masukkan bahan B dan kaup balik agar semua bahan sebati.
  • Kemudian masukkan bahan C.
  • Bentukkan dengan sudu paling kecil (saiz ¼ tsp)
  • Bakar pada suhu 160c selama 10min.
  • Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
  • Sedap makan dengan susu segar.

Biskut mini ini sedikit keras dibahagian luar namun sangat rangup dibahagian dalam. Ia sesuai dimakan begitu sahaja namun ia juga direndam didalam susu sejuk. Jangan lupa mencuba resepi ini ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.