Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan

Bijirin oat merupakan makanan yang banyak khasiatnya. Oat mempunyai kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Antara khasiat oats ialah ia kaya dengan nutrisi dan dapat merendahkan tahap kolestrol. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula dalam darah dan melegakan sembelit. Ia juga sesuai untuk sesiapa yang sedang diet kerana ianya dapat menurunkan berat badan juga. 

Koleksi kali ini akan kongsikan kepada anda 10 resepi yang dapat dikumpulkan sebagai rujukan anda,khususnya yang sedang mencari idea-idea menu diet. Mari kita lihat resepi-resepinya.

1. Resepi Overnight Oats Blueberry Coklat

Resepi yang pertama ialah resepi blueberry coklat overnight oats.  Ianya sejenis menu yang amat sesuai khususnya bagi mereka yang sedang berdiet. Khasiat yang banyak di dalamnya tidak mengurangkan rasa keenakannya. Jom kita lihat resepi ini. 

Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan 1

Bahan-bahan

  • 1cawan rolled oat
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • Segenggam buah blueberry
  • 1 sudu besar koko
  • 2 sudu besar gula lakanto

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan buah blueberry,gula dan serbuk koko
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap!

2.Resepi Strawberry Honey Overnight Oats

 Resepi seterusnya ialah resepi strawberry honey Overnight Oats  ,ia menggunakan rolled oat bersama chia seed dan strawberi beserta madu. Cara untuk menyediakannya amat mudah,amat sesuai untuk dibuat untuk sarapan pagi. Mari kita lihat cara untuk menghasilkan ia.

Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan 2

Bahan-bahan

  • 1cawan rolled oat
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • 2-3 biji buah strawberi yang dipotong dadu
  • 2 sudu besar madu

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan buah strawberi dan madu
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap

3. Resepi Overnight Oats Peanut Butter Coklat

Seterusnya ialah resepi peanut butter coklat overnight oats. Hidangan mempunyai rasa yang sedap dan sesuai untuk diberikan kepada kanak kanak agar mereka dapat khasiatnya. Cara untuk membuatnya juga amat simple. Jom kita lihat resepinya.

Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan 3

Bahan-bahan

  • 1cawan rolled oat
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • 2 sudu besar peanut butter
  • 1 sudu besar serbuk koko 

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan peanut butter dan koko
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap

4. Resepi Overnight Oats Mix Berries

Resepi ini ialah mengabungkan pelbagai jenis buah beri didalam Overnight Oats resepi mixed berries overnight oats. Rasanya tidak terlalu manis, sesuai dengan orang yang sedang berdiet terutama pesakit diabetis. Jom kita lihat cara menghasilkannya.

Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan 4

Bahan-bahan

  • 1cawan rolled oat
  •  1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • 1 sudu besar jem buah strawberi
  • 1-2 sudu buah  mixed berries

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan jem buah strawberi dan mix berry beku.
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap!

5. Resepi Overnight Oats Kismis Berkacang

Resepi seterusnya ialah resepi kismis berkacang overnight oats. Hidangan seterusnya ini digabungkan dengan kismis dan kacang, jadi rasa manis yang ada adalah semula jadi. Jom kita lihat resepinya.

Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan 5

Bahan-bahan

  • 1 cawan rolled oat
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • 1 sudu besar kismis
  • Segenggam kacang campuran yang telah dibakar
  • 1 sudu besar madu

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan kismis,kacang dan madu
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap!

6. Resepi Cucur Oats

Resepi seterusnya ialah resepi cucur oats, selain dibuat overnight oats juga boleh dijadikan cucur. Ia mempunyai rasa yang lazat dan amat rangup, untuk menyediakannya sama seperti membuat cucur bisa dan yang hanya membezakan ialah penggunaan oats itu. Jom kita lihat resepinya. 

Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan 6

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil soda bika
  • ½ sudu teh garam
  • ½ cawan rolled oat
  • Daun bawang
  • Cili api merah
  • Air suam secukup 

Kaedah

  • Campurkan semua bahan kering
  • Masukkan air suam dan kacau 
  • Biarkan seketika agar oat lembut
  • Masukkan daun bawang dan cili api yang telah dihiris.

7. Resepi Oats Cookies

Seterusnya ialah resepi oats cookies. Biasanya oats cookies kita beli di pasaraya terdekat. Kita boleh menjimatkan duit dengan membuatnya sendiri di rumah. Jom kita lihat cara untuk membuatnya. 

Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan 7

Bahan-Bahan:

  • 2 Cawan Rolled Oat
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 3/4 cawan Gula halus
  • 1/2 Sudu teh baking powder
  • Minyak jagung Secukupnya

Kaedah

  • Masukkan tepung, baking powder, oat dan gula ke dalam bekas dan gaul sebati.
  • Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  • Bulat-bulatkan doh dan leperkan kemudian susun dalam loyang. Hiasan terpulang pada anda, boleh letak coklat cips.
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
  • Siap

8. Resepi Lempeng Oats

Resepi oats seterusnya ialah oats lempeng. Mungkin ramai yang tidak terlalu gemar dengan oats kerana ianya sedikit keras dan tidak berkanji namun sebenarnya ia amat baik. Jom kita lihat cara menghasilkannya. 

Koleksi 10 Resepi Masakan Menggunakan Oats Paling Mudah Disediakan 8

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan rolled oat
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • Air suam secukup rasa

Kaedah

  • Masukkan semua bahan kering 
  • Tambahkan air suam sedikit demi sedikit dan biarkan seketika hingga oat lembut
  • Letakkan sedikit minyak dan biarkan panas sebentar
  • Masukkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan
  • Biarkan ia masak dan terbalik
  • Ulang sehingga habis semua adunan
  • Siap!

9. Resepi Carrot Oat Cupcakes

Resepi yang seterusnya ialah resepi oat cupcake. Ianya dikongsikan oleh Sue Hussain dan mendapat banyak shares di media sosial. Hidangan ini agak unik kerana oats jarang digunakan didalam cupcake. Sekiranya anda penggemar oats, amatlah disarankan untuk anda mencubanya di rumah. Jom kita lihat cara untuk menghasilkannya.

carrot oat cupcakes 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung gandum *
  • 2 sudu teh double action baking powder*
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonate *
  • 1/2 sudu teh garam *
  • 1/2 sudu teh serbuk pala*
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis * 
  • (semua bertanda * disatukan & ayak)
  • 4 biji telor gred A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3/4 + 3/4 (2x sukat) cawan minyak jagung/minyak masak
  • 3/4 cawan gula castor
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan carrot sagat (guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
  • 1 cawan nenas tin (cincang kasar & toskan)
  • 1 cawan oats
  • 1 cawan kekacang yang disukai (bakar sekejap dan dicincang kasar)

Cream cheese topping:

  • ½ ketul unsalted butter
  • 250g philadelphia cream cheese
  • Beberapa titis esen vanilla
  • 3 sudu besar gula icing

Cara – cara memasak:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Susun cawan kertas atas loyang.
  • Telur dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau lima minit hingga sebati.
  • Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak.
  • Kacau hingga sebati guna spatula.
  • Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.
  • Akhir sekali, masukkan kacang yang disukai.
  • Tuang ke dalam cawan kertas dan masukkan ke dalam oven.
  • Bakar selama 15-20 atau hingga masak.
  • Dah sejuk bolehlah letakkan topping

Cream cheese topping:

  • Putar butter supaya lembut.
  • Masukkan cream cheese dan pukul sebati.
  • Masukkan gula, putar sehingga kembang dan masukkan esen vanilla.
  • Putar sehingga sebati.

10. Resepi Oat Jejari

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini dikongsi oleh Che Ros adalah sejenis cookies berbentuk jejari yang diperbuat menggunakan oat. Sesuai dijadikan snek, berikut adalah bahan yang diperlukan

jejari oats 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan

  • 1 cawan buttercup
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 3/4 cawan gula aising
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan oat (blend halus)
  • Susu tepung

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan buttercup, minyak sapi & gula aising gaul sebati.
  2. Masukkan serbuk koko & gaul sebati.
  3. Campur tepung gandum & oat kemudian masukkan ke dalam adunan tadi & uli menjadi ketul.
  4. Ambil sikit – sikit untuk digelek & ditekap mengikut acuan.
  5. Bakar pada suhu 150-170C mengikut oven masing masing selama 10-15 minit.
  6. Sejukkan & golek dengan susu.

Oats selalunya dimakan pada waktu pagi. Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, amalkanlah makan oats selalu. Jangan lupa untuk bersenam dan mendapat tidur yang sihat juga untuk menjaga kesihatan. Makanan yang berasaskan oats amat mudah untuk dimasak malah, banyak mendatangkan kebaikan. Saya berharap setiap hidangan yang bakal anda dihidangkan itu menjadi. Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Leave a Comment