Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Neiman Marcus Cookies Lain Dari Lain Tapi Asyik Sangat

Resepi berikut adalah resepi biskut Neiman Marcus yang sangat popular diAmerika. Neiman Marcus merupakan sebuah cafe yang terdapat disana. Dikatakan suatu hari ada seorang wanita bersama anaknya yang menikmati biskut neiman marcus ini dan sangat suka pada rasanya. Lalu wanita tersebut telah bertanya pada pemilik cafe jika beliau boleh dapatkan resepi biskut tersebut. Sudah tentu pihak cafe keberatan, namun dipendekkan cerita wanita tersebut berjaya membeli resepi itu dengan harga 250usd. Oleh kerana beliau beranggap harganya terlalu mahal beliau mengambil keputusan untuk berkongsi resepi ini dengan semua orang.

Jadi disitulah bermulanya nama Neima Marcus Cookies ini dan begitu ramai orang yang telah mencubanya. Bagaimana nak tahu rasanya? Apakata anda cuba sendiri biskut ini dan rasaikan sendiri keenakannya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Kering

  • 2 Ā½ cawan rolled oats
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 1tsp soda bikarbonat

Basah

  • 250g salted pure butter
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telur gred B
  • 1 tsp esen vanila

Inti cookies

  • 1 cawan dark chocolate nibĀ 
  • 1 cawan coklat diparut
  • 100g walnut cincang (siap bakar)

Kaedah

  • Mula kisar dulu oats hingga menjadi halus.
  • Selepas itu pukul butter bersama gula hingga pucat.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Pastikan adunan sebati setiap kali anda tambah telur.
  • Selepas itu masukkan esen vanila.
  • Sementara itu satukan semua bahan kering tadi, gaul dulu agar sebati.
  • Selepas itu baru masukkan bahan kering inikepada adunan butter yang telah dipukul tadi.
  • Akhir sekali masukkan inti cookies dan kaup balik agar semua bahan ini menjadi sebati.
  • Bulat-bulatkan adunan ini dan jarakkan setiap satu cookies sebelum dibakar.
  • Bakar pada suhu 160c selama 20-25minit.
  • * ini bergantung pada oven masing-masing
  • Siap!

Dalam penyediaan biskut ini paling penting untuk menggunakan bahan-bahan yang bermutu demi mendapatkan rasa yang mewah itu, barulah berbaloi kan? Oleh kerana ia menggunakan sukatan rolled oat yang lebih banyak dari tepung gandum jadi mungkin sesetengah orang tidak akan gemar pada rasanya. Namun siapa kata semua perlu setuju bukan? Citarasa ini soal subjektif! Selamat mencuba

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!