Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Daging (Untuk Majlis Keraian!)

author name

Ingin menyediakan hidangan buat ramai orang? Kali ini kami bawakan kepada anda resepi rendang daging untuk portion 50 orang! Jadi, anda bolehlah menggunakan resepi ini untuk majlis keraian anda seperti majlis hari jadi ataupun doa selamat!

Hidangan rendang daging tidak asing lagi dengan kaum Melayu. Rasanya enak serta boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak, pulut ataupun dicicah bersama roti.

Resepi ini dikongsikan oleh Ina Hasliza Othman di laman Facebook beliau dan banyak perkongsian telah didapati. Wah! Pasti menjadi!

Resepi Rendang Daging

rendang-daging
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging 3kg
  • Bawang besar 10 – 15 biji*
  • Bawang putih 2-3 labu*
  • Halia 2 ketul anggaran besar tapak tangan*
  • Lengkuas 2 ketul*
  • Serai 1 ikat anggaran 20 btg*
  • Kunyit hidup 4-5 ketul*
  • Buah keras 10 biji*
  • Cili padi 20 biji*
  • Cili kering kisar 2 mangkuk sup
  • Kayu manis, pelaga, cengkih, lawang
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
  • Kerisik 250gm
  • Kelapa parut 1/2 biji dikisar (jangan dibuang hampasnya)
  • Santan kotak kara kecik 1 1/2 kotak
  • Garam gula serbuk perasa secukupnya
  • Jus limau 3 sudu makan
  • Gula merah serbuk 3 sudu makan
  • Asam keping 3-4 keping
  • Minyak masak secukupnya

Bahan bertanda (*) dikisar.

Langkah – langkah memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis kayu manis, pelage, cengkih dan lawang.
  2. Masukkan semua bahan kisar (yg bertanda *) dan cili kisar.
  3. Tumis hingga wangi dan agak garing baru masukkan daging.
  4. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan daun limau purut dan asam keping dan tunggu sehingga daging masak.
  6. Perasakan dengan garam, gula, gula merah, jus limau, serbuk perasa. Gaul sebati.
  7. Masukkan santan dan kelapa parut yg dikisar tadi bersama hampasnya sekali. Gaul lagi.
  8. Masukkan kerisik, daun kunyit yang dihiris dan tunggu sehingga rendang pekat.
  9. Boleh tutup api jika daging sudah betul – betul masak dan empuk.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *