Resepi Churros (Pastri Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi pastri yang menarik berasal dari Sepanyol dan Portugis. Churros adalah sejenis pastri yang digoreng. Ia mempunyai bahan yang sama seperti puff pastry cuma bezanya ia digoreng secara panjang. Jika puff pastry dipaip secara bulat diatas loyang kemudian dibakar dengan suhu yang tinggi hingga saiznya naik dua kali ganda. Churros pula akan digoreng terus dari beg piping. Ia tidak menjadi terlalu besar namun ia akan menghasilkan satu ruang kosong didalamnya yang menimbukan satu sensasi menarik didalam mulut.

Kali ini Madam akan berkongsi resepi churros yang anda boleh cuba sendiri. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Churros (Pastri Ringkas)

Bahan-bahan

  • Air 2 1/2 cwn
  • Butter 2 sudu besar
  • Gula 2 sudu besar
  • Secubit garam
  • Tepung gandum 2 cawan¬†
  • Telur 2 biji
  • Esen vanila 1 sudu teh

Kaedah

  • Mula-mula tambahkan air, butter, garam dan gula didalam kuali hingga mengelegak.
  • Kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau segera hingga ia menjadi gumpalan doh.
  • Pastikan bahagian bawah kuali mempunyai satu lapisan nipis.
  • Tutup api dan alihkan kedalam mangkuk mesin pengadun.
  • Tunggu sejuk sebentar kemudian nyalakan mesin pada kelajuan yang rendah.
  • Pecahkan telur didalam mangkuk berasingan.
  • Pukul kedua biji telur agar ia sebati.
  • Masukkan telur kedalam mesin pengadun yang telah dinyalakan tadi sedikit demi sedikit.
  • Pukul telur dengan adunan doh tadi hingga ia sebati dan menjadi berlipat-lipat.

Untuk penyediaan churros

  • Masukkan adunan kedalam beg piping.
  • Tambahkan minyak didalam kuali dan nyalakan api.
  • Tunggu minyak panas dan taipkan adunan yang telah diketak didalam beg piping tadi.
  • Paip pendek-pendek sahaja,gunting jika ia terlalu panjang.
  • Angkat dan churros sedia dinikmati bersama coklat ganache atau taburan gula sahaja juga sedap.
  • Siap.

Churros dibuat dari adunan choux. Choux ini adalah satu jenis pastri dimana dohnya diperbuat dari tepung gandum yang dimasak dengan air yang mengelegak dan butter. Proses ini akan menghasilkan stim yang dikeluarkan didalam adunan doh ketika ia dibakar atau digoreng. Jadi anda tidak perlu menggunakan sebarang agen penaik seperti baking powder atau soda bikarbonat untuk menghasilkan  ruang kosong didalam pastri ini.

Menarik bukan? Jadi apakata anda mencuba resepi ini dan alami sendiri keenakan churros ini. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *