Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Apam Kampung (Gaya Kampung)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kuih yang mulanya direka oleh orang-orang dahulu sebagai santapan minum pagi atau petang. Kuih apam kampung sebenarnya adalah apam biasa sahaja, malah bahan-bahannya juga adalah sama seperti kebanyakkan apam. Lazimnya resepi apam secara asasnya mempunyai tepung, gula,gula merah dan yang paling penting mestilah mempunyai bahan agen penaik seperti eno, serbuk penaik ataupun yis. Dan ia juga tidak mempunyai telur, jadiia sesuai bagi orang yang mempunyai elergik pada telur.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi apam kampung bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang sangat ringkas sebagai pencuci mulut. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Ā 

Resepi Apam Kampung (Gaya Kampung)

Bahan 1

  • 1/2 cawan gula merah
  • Ā¼ cawan gula halus
  • 1 helai daun pandan
  • 1 cup cawan air
  • Masak semua diatas tapis dan sejukkan

Bahan 2

  • Ā½ peket Yis (saiz 11g )
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu teh gula
  • Campur semua bahan hingga ia berbuih

Bahan 3

  • 2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Secubit baking powder

Kaedah

  • Masukkan bahan 1 kedalam bahan 3, kacau rata.
  • Masukkan bahan 2, perlahan kacau hingga semua bahan sebati.
  • Tutup bekas dan buarkan bahan naik sekurang-kurangnya selama satu jam.
  • Selepas itu masukkan ia kedalam loyang bersaiz 8ā€ .
  • Barulah panaskan pengukus sehingga air mendidih.
  • Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  • Apabila telah senuk, barulah potong dan jamulah ia bersama kelapa parut yang telah ditambah dengan sedikit garam.

Untuk memaksimakan rasa apam ini, biasanya ia dijamu bersama parutan kelapa yang digaul bersama sedikit garam bagi menaikkan rasanya. Ia mempunyai tesktur yang gebu dan sedikit manis. Enak dimakan bersama secawan kopi kampung. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!