Resepi Salad Timun Greek Yogurt Viral Idea Makan Sihat
Resepi yang telah menjadi viral baru-baru ini dan amat sesuai untuk semua orang kerana rasanya yang lemak-lemak. Salad timun inj menggunakan timun Jepun yang rangup tetapi kurang berair berbanding timun biasa. Dan digabung dengan yogurt maka ia mempunyai rasa sedikit masam, walaupun begitu ia sangat sedap. Jom kita tengok bagaimana cara menyediakan ia.
Bahan-bahan
- 2 batang timun Jepun kupas secara memanjang dengan pengupas buah
- 2 tbsp yogurt greek/natural
- 1 tsp cili flake
- Perahan lemon sedikit
- Garam cukup rasa
Kaedah
- Gaul semua bahan dan biarkan seketika sebelum dihidang.
- Siap!
Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini sangat minima dan mudah untuk dicari jadi ia berbaloi untuk anda cuba terutama sebagai side dish atau selepas hidangan utama Jika anda tidak suka rasa yogurt yang terlalu masam elakkan guna yogurt greek sebaliknya guna natural yogurt sahaja kerana ia lebih sedap. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.