Koleksi 10 Resepi Diet Suku Suku Separuh Yang Membantu Kurus

Koleksi kali ini agak unik kerana kali ini kami akan kongsikan kepada anda 10 resepi yang sesuai dijadikan pilihan ketika mengamalkan diet suku suku separuh. Apa itu diet suku-suku separuh ini? Ia adalah satu plan diet atau gaya pemakanan sihat yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Didalam sepinggan makanan saiz yang dicadangkan ialah suku adalah sumber karbohidrat seperti nasi,sukusumber  protein seperti ayam atau ikan dan separuh pula ialah sumber fiber  seperti sayur atau kacang-kacang. 

Ia adalah saiz makanan yang paling elok diamalkan o;leh semua orang terutama mereka yang mengalami obesiti. Namun begitu didalam pengamalan DSSS ini, pilihan makanan adalah tidak terhad, dimana anda boleh menikmati pelbagai jenis lauk cuma sebaiknya pilih makanan yang dimasak sihat dan kurang garam atau gula.

Baiklah berikut adalah 10 resepi yang sesuai dijadikan hidangan didalam pengamalan diet ini.

1. Resepi Sayur Campur Udang

Oleh kerana sayur adalah separuh saiznya dalam pinggan pengamal DSSS, maka berikut Adalah antara resepi yang sesuai yang boleh anda cuba, nikmati ia bersama lauk lain seperti ikan grill atau ayam grill. Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang saiz besar
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk pecah dan cincang)

Bahan sayur (Hiris)

  • 4 batang jagung kecil
  • 1 batang lobak merah
  • 10 batang kacang buncis
  • ½ batang kobis cina

Kaedah 

  • Mula-mula bersihkan udang dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
  • Kemudian goreng sebentar sehingga bertukar warna,alih.
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Asukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tambahkan sedikit air dan kacau sebentar.
  • Masukkan sayur dan masak sehingga ia empuk sedikit.
  • Sebaiknya sayur tidak terlalu empuk kerana akan hilang khasiatnya.
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

2. Resepi Sambal Udang

Walaupun sedang berdiet tidak bermakna anda tidak boleh makan sambal udang ye, sebenarnya anda boleh menikmatinya seperti biasa.  Cuma kurangkan sambal sebaliknya lebihkan udang dan jangan lupa sayur samada salad atau sayur goreng.

  • 500 g udang 
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 cawan kecil air asam jawa
  • 1 sudu makan bawang putih yang telah dikisar.
  • Tumis bawang putih sehingga garing.
  • Kemudian masukkan cili kisar sehingga pecah minyak 
  • Masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih sebentar 
  • Tambah garam dan sedikit gula
  • Akhir sekali masukkan udang dan biarkan sehingga udang masak 
  • Siap!
  •  

 3. Resepi Udang Galah  Masak Lemak 

Resepi seterusnya ini juga boleh dinikmati oleh mereka yang sedap berdiet. Walaupun ada yang mengatakan santan tidak boleh dinikmati ketika berdiet, sebenarnya fakta itu tidak benar. Ini kerana santan adalah sumber lemak sihat yang sangat baik untuk kesihatan. Pastikan anda kawal porsi agar tidak keterlaluan. Berikut adalah bahan yang diperlukan. Turut disertakan resepi sayur bayam yang mempunyai banyak khasiat untuk badan anda.

  • Udang galah ½ kilo (10-15 ekor)
  • Bawang merah 4-5 ulas/Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 3 ulas 
  • Halia ½ inci
  • Lengkuas ½ inci
  • Kunyit hidup/1 sudu teh serbuk kunyit
  • Buah keras 1 @ 2 – untuk pekatkan kuah
  • Cili api segenggam (pilihan)
  • Serai 1-2 batang (tumbuk pecah)
  • Santan 200ml
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Mula-mula bersihkan udang, buang apa yang perlu, perasakan dengan garam dan kunyit sedikit, asingkan.
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk/kisar bersama serai yang ditumbuk pecah.
  • Apabila telah naik bau, masukkan santan dan kacu sehingga ia sebati.
  • Tambah sedikit air jika perlu, garam, serbuk perasa dan gula jika perlu. Kemudian masukkan udang dan masak sehingga naik minyak.
  • Siap.
  • Seikat sayur bayam (bersihkan dan potong )
  • ½ genggam ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk pecah)
  • 1 batang cili merah dihiris (pilihan)
  • Panaskan minyak dslsm kuali, tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk pecah.
  • Masukkan ikan bilis dan goreng sehingga ia garing sedikit.
  • Tambahkan garam , serbuk perasa secukupnya.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Tambahkan cili merah jika anda suka
  • Masukkan sayur, dan tutup sebentar agar sayur benar-benar empuk.
  • Siap.

4. Resepi Ikan Kerisi Berlada      

Seterusnya ialah ikan berlada, anda boleh mengguna apa jenis ikan isi putih yang sesuai seperti ikan selar atau tenggiri. Disertai juga resepi kuah rebus ikan selar yang boleh anda cuba bersama lauk ini. Jangan lupa salad atau ulam-ulaman, berikut adalah bahan yang diperlukan.

  • Ikan kerisi saiz sederhana 3 ekor
  • Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa
  • 6 batang cili merah
  • Segenggam cili api (kurangkan jika tidak tahan pedas)
  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Bersihkan ikan kerisi, buang sisik dan perasakn dengan garam dan kunyit. Goreng garing.
  • Kemudian kurangkan minyak hingga tinggal sesenduk,
  • Tumis bahan-bahan kisar, tambah garam dan serbuk perasa secukupnya,
  • Tunggu sehingga naik minyak. Tutupkan api. Tuang keatas ikan yang telah digoreng. Siap.
  • Ikan selar 1 ekor, sederhana besar.
  • Segenggam cili kering yang telah direbus hingga kembang.
  • Sebiji  bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • Asam keping sekeping saiz besar.
  • Garam 1 ½ sudu kecil
  • Serbuk perasa ½ sudu kecil
  • Setangkai daun kesum
  • 5 batang bendi
  • Sebiji tomato.
  • Cili api (pilihan)
  • Cuci ikan,potong beberapa bahagian ( pilihan) dan perapkan dengan garam  dan serbuk kunyit.
  • Ketepikan.
  • Sediakan periuk,masukkan bahan-bahan kisar.
  • Masukkan asam keping, tujuannya agar kuah cukup masamnya.
  • Bila kuah mulai mengelegak, masukkan ikan.
  • Biar seketika baru masukkan bendi tomato, daun kesum dan cili api beberapa batang ( jika suka lebih pedas)
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa. Biar bendi empuk sedikit, barulah tutup api. Sekarang bolehlah dihidangkan.

5. Resepi Ayam Teriyaki 

Seterusnya ialah resepi ayam teriyaki yang dihidang bersama salad sayur, masakan ini sihat kerana ia menggunakan jumlah minyak yang sedikit. Guna hanya sedikit gula hanya sekadar menghasilkan efek karamel sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 2 keping dada ayam
  • 1/4 cawan kicap soya cair
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar parutan halus halia
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula perang atau gula putih
  • sedikit minyak masak
  • bijan
  • daun bawang
  • cili merah, jika suka
  • Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
  • Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. 
  • Perap selama 15 minit.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. 
  • Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasak kemudian.
  • Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan. Angkat setelah ayam masak.
  • Dalam kuali yang sama, masak sos perapan sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tambah sedikit air jika kuah terlalu kering.
  •  Tuang sos ke atas ayam tadi.
  • Taburkan bersama bijan yang disangai, daun bawang dan cili.
  •  Hidang bersama nasi putih panas.

6. Resepi Lemak Cili Api Telur Itik dan Belimbing Buluh

Resepi seterusnya ini adalah sejenis masakan kampung yang anda boleh nikmati juga ketika mengamalkan DSSS ini. Santan adalah baik untuk kesihatan anda kerana ia membekalkan lemak sihat yang diperlukan oleh tubah badan kita. Nikmati ia bersama ulam-ulaman dan isi ayam yang digirll. Berikut adalah bahan-bahan yang dilerkan.

  • 5 biji telur itik (rebus secara berasingan dahulu)
  • 1 genggam cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 pek kecil santan
  • Asam keping
  • Semangkuk belimbing buluh (hiris-hiris)
  • Kisar cili bersama kunyit hidup hingga halus.
  • Masukkan kedalam periuk
  • Kemudian masukkan separuh santan bersama 11/2 cawan air.
  • Tambah asam keping dan kacau hingga mengelegak.
  • Tambah garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan belimbing buluh dan masak hingga rata semya bahan.
  • Tambah baki santan dan kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan telur yang telah direbus asing tadi.
  • Siap

7. Resepi Sup Telur 

Seterusnya ialah sup telur yang dinikmati bersama ayam berlada dan juga sayur buncis berlada. Sentiasa kawal porsi ayam dan sambal, tapi ambil lebih sayur agar perut lebih kenyang. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

  • 4 – 5 biji telur gred B
  • 1 cekak suhun, kerat pendek dan rendam hingga lembut
  • 60 gram fucuk potong kecik dan rendam hingga lembut
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk pecah
  • Anggaran 1 sudu besar ikan bilis 
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam kisar (pilihan)
  • Sediakan periuk dan sedikit minyak.panaskan.
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan ikan bilis dan biarkan sehingga garing sebentar.
  • Kemudian baru masukkan air anggaran 500ml
  • Biarkan sup mengelegak dahulu beberapa minit.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa 
  • Masukkan fucuk ,suhun dan disusuli telur sebiji demi sebijik.
  • Tutup apabila telur telah masak
  • Siap!

8. Resepi Asam Pedas Halba

Resepi seterusny ialah asam pedas halba yang boleh dinikmati ketika mengamalkan DSSS ini. Nikmati ia bersama sawi goreng yang mempunyai banyak zat dan mineral yang baik bagi tubuh badan kita. Jika anda masak sendiri pastikan anda kawal penggunaan minyak dan garam yang digunakan.

  • 2 ekor ikan kembung saiz besar (bersihkan)  
  • 10 – 15 biji kacang bendi
  • 1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
  • 1 liter air
  • 1/2 sudu kecil halba 
  • garam,serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak secukupnya 
  • 25 tangkai cili kering ~ gunting, buang biji, rebus & tos
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 4  ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia 
  • 3/4 inci lengkuas
  • 1/2 inci belacan 
  • Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.  Masukkan air asam jawa & air secukupnya. Biar mendidih.
  • Masukkan ikan dan biar seketika sebelum tambah garam,serbuk perasa, halba dan kacang bendi. 
  • Masak sebati sebelum tutup api.
  • Siap! 
  • Sawi manis seikat.
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Cili api 7 batang
  • Ikan bilis 1 sudu besar
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Bersih sayur sawi dan potong sederhana besar.
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih, cili api dan ikan bilis.
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk, tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan garam, serbuk perasa. 
  • Kacau semua bahan hingga benar-benar sebati.
  • Masukkan sayur, tambah air jika perlu.
  • Apabila sayur telah cukup masak. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

9. Resepi Sambal Goreng Jawa Bersantan

Resepi berikut ini boleh juga dinikmati bersama apa juga masakan yang sesuai. Ianya mengenyangkan perut kerana ia mengabungkan tempe, tauhu dan juga sayur. Sangat tinggi serat ia akan memberi efek kenyang yang lebih lama, dengan itu anda tidak perlu makan nasi yang banyak. 

  • 2 keping tempe
  • 2 keping tauhu putih
  • 2 biji kentang
  • Hati dan pedal ayam (rebus dahulu)
  • Kacang panjang
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api / cili merah
  • Suhun
  • Fucuk
  • 1 pek/kotak kecil santan
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Selepas goreng semua bahan, kurangkan minyak
  • Masukkan santan dan tambah garam dan serbuk perasa.
  • Kemudian kacau sehingga santan mengelegak.
  • Masukkan semua bahan yang telah digoreng
  • Akhir sekali masukkan suhun dan fucuk yang telah direndam.
  • Goreng semua bahan sehingga menjadi sebati dan suhun mulai layu.
  • Siap! 

10. Resepi Tempe Ikan Bilis Berlada

Resepi terakhir didalam koleksi kali ini ialah tempe dan ikan bilis yang digaul dengan sambal berlada. Nikmati ia dengan ikan masak rebus bersama sayur bendi dan terung. Tambah ulam-ulaman jika suka agar anda lebih kenyang dan mendapat semua khasiat dan vitaminnya.

  • 2 keping tempe (hiris mengikut ketebalan anda suka)
  • Segenggam ikan bilis siap kopek
  • Kentang (pilihan)
  • Segenggam cili api
  • 1 ulas bawang besar saiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Mula-mula goreng tempe, ikan bilis dan kentang hingga garing.
  • Kemudian kisar cili api bersama bawang besar dan bawang putih.
  • Kurangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehungga naik minyak
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa kacau dan tutup api.
  • Apabila semua bahan telah sebati, masukkan tempe, ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Siap! 

Itulah 10 resepi yang diharap dapat memberi idea untuk digunakan didalam hidangan amalan diet suku suku separuh. Perlu difahami disini dalam amalan DSSS ini, anda bebas memilih jenis lauk yang anda gemar cuma pastikan ia kurang minyak, garam mahupun gula. DSSS ini sesuai bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan dan tidak obes. Jika sebaliknya anda boleh amalkan diet plan yang lebih sesuai seperti diet Low Calorie, Atkins atau Ketogenik. Nantikan koleksi-koleksi lebih menarik yang boleh memberi anda idea tentang hidangan diet pilihan anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *