Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Vanilla Custard Cupcake Sesuai Pelbagai Majlis Dan Parti

author name

Resepi kali ini ialah resepi cupcake vanila bersama krim kastad dan dihiasi dengan buah-buahan segar. Cupcake merupakan antara kek yang amat sesuai disediakan dan dihidangkan ketika majlis keraian. Ini kerana ia boleh diberi pada setiap tetamu yang hadir jadi tidak ada sesiapa yang ketinggalan dalam mendapatkan kek. Apapun kali ini resepi ini dikongsi khusus untuk anda yang sedang mencari idea.

Bahan-bahan

A

  • 170gm butter
  • 3 biji telur
  •  1 cawan gula kastor
  • 1 tsp esen vanilla 

B

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 2 ½ tsp baking powder

C

  • 1 ¼ cawan susu segar

Kaedah

  • Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
  • Pukul butter hingga sedikit pucat, baru tambah gula dan pukul hingga ringan dan gula hancur.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Masukkan esen vanila.
  • Akhir sekali perlahankan mesin dan masukkan bahan B dan C secara selang seli 
  • Masukkan dalam bekas cupcake dan bakar pada suhu 170c selama 20 minit. 

Resepi inti krim kastad.

  • 100g serbuk instant custard mix
  • 100g susu ( anggaran sahaja)
  • Fresh cream siap pukul gebu.
  • Buah-buahan ikut citarasa anda.

Kaedah

  • Campurkan instant custard bersama susu dan kacau hingga ia kembang.
  • Barulah kaup dengan fresh cream.
  • Sediakan untuk digunakan.
  • Masukkan inti kedalam piping beg yang telah diletak nozel tip bulat.
  • Cucuk kedalam cupcake hingga ia terkeluar sedikit.
  • Hiasan dengan buah-buahan.
  • Siap! 

Kek ini sangat sedap dengan inti kastad didalamnya bersama rasa kek vanila yang tidak berapa manis sesuai dengan buah-buahan masam seperti buah strawberi. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.